Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

 

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021 (BPR)

Pada sidang Belanjawan 2021 yang lalu, Bantuan Prihatin Rakyat adalah satu inisiatif baru kerajaan untuk memberikan bantuan kepada rakyat berupakan wang yang akan diberi kepada mereka yang layak.

BPR akan diberikan kepada semua golongan dari golongan B40 hingga ke M40. Bantuan yang diberikan pula berbeza bagi setiap kategori.

Jumlah Bantuan BPR 2021

  • Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2,500: RM350
  • Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1,800 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM4,001- RM5,000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM2,501- RM4,000 : RM800 (1 orang anak), RM1,200 (2 orang anak ke atas).

Sedikit pembaharuan pada bantuan kali ini adalah, had bagi golongan bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.

PERMOHONAN BANTUAN BPR 2021

Permohonan Bantuan Prihatin Prihatin 2021 dibuka pada tanggal 15 Januari 2021

Permohonan boleh dibuat di portal rasmi laman web Bantuan Prihatin Rakyat : 
Kami mengucapkan selamat membuat permohonan BPR kepada mereka yang layak untuk memohon.

Semakan juga boleh dilakukan pada bulan Januari 2021.

Dijangka pembayaran akan dibayar kepada penerima sebelum Aidilfitri 2021, iaiatu pada bulan April/Mei 2021.

CARA PERMOHONAN BPR 2021


LAMAN WEB RASMI BPR

BORANG PERMOHONAN MANUAL


Selain secara online, ianya boleh juga dibuat secara manual dengan download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN berdekatan anda.

PERMOHONAN SECARA TERUS KE PEJABAT


Selain 2 cara ini, permohonan boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke

  • Pejabat Cawangan LHDNM
  • Pusat Khdimat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Hadir dengan kemukakan borang permohonan yang telah diisi.

Catat Ulasan

4 Ulasan