Jangan Panik! Penerangan Berkenaan Dengan Posting Yang Viral Di Facebook

Melalui seorang individu yang membuat posting telah tular di Facebook yang menyatakan jika anda tekan status daripada Whatsapp, akaun bank dan data peribadi anda mungkin boleh diambil adalah sama sekali TIDAK BENAR! 

Status daripada Whatsapp yang tidak pernah sebelum ini muncul, hari ini 29 Januari 2021 posting daripada Whatsapp buat pertama kalinya telah membuatkan ramai orang ramai berasa ragu-ragu dan takut jika status itu ditekan, data dan akaun bank anda akan diambil. Itu adalah tidak benar sama sekali.

Status Whatsapp yang baru muncul itu adalah rasmi daripada Devoleper Rasmi Whatsapp. Tujuan status Whatsapp itu dibuat adalah untuk memberitahu kepada pengguna Whatsapp yang aplikasi ini telah membuat beberapa penambahbaikan dimana pembaikan itu adalah Whatsapp akan lebih mengetatkan privasi anda.

Berhati-Hati Dengan Kaedah Tipu Daya Anggota Sindiket (SCAMMER)

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun Whatsapp pengguna. Taktik itu menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6 digit yang diterima oleh pihak Whatsapp. 

Anggota Sindiket penipuan itu, menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun Whatsapp yang telah berjaya diambil alih sebelum ini, mereka juga menyamar sebagai kakitangan Whatsapp. Oleh itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak sama sekali memberikan kod pengesahan 6 digit Whatsapp kepada mana-mana pihak.

Sumber : Berita TV3

Catat Ulasan

0 Ulasan