ISU SEMASA
RASMI : Bayaran BPN 2.0 Sebanyak RM2.38 Bilion Diawalkan Bermula 21 Januari 2020
Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:-
BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Inisiatif BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Bayaran fasa kedua BPN2.0 ini akan disalurkan dengan pecahan seperti berikut
Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 billion setakat ini.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Catat Ulasan
0 Ulasan