Pakej Bantuan Khas : Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 18 Januari 2021

Pakej Bantuan Khas : Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

 

Kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej berkenaan bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

"Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

"Matlamat itu ialah memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan," katanya ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain.

Katanya, penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan