Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 : MYBERAS@Wilayah - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Ahad, 31 Januari 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 : MYBERAS@Wilayah



APAKAH ITU “MYBERAS”?

  • MYBERAS adalah sumbangan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.
  • MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.
  • Maklumat lanjut boleh diperolehi di https://www.yayasanwp.org/myberas

APAKAH JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN MELALUI PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.

APAKAH TUJUAN PROGRAM “MYBERAS” DILAKSANAKAN?

  • Program MYBERAS diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dengan tujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.
  • Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang prihatin.

SIAPAKAH RAKAN STRATEGIK BAGI PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Rakan Strategik bagi menjayakan Program MYBERAS ini adalah
  • Yayasan Wilayah Persekutuan yang mengurus pembekalan dan sumbangan beras
  • Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat.
  • Turut bekerjasama ialah para penderma individu dan syarikat-syarikat swasta yang prihatin dengan kesusahan rakyat.

BILAKAH PROGRAM “MYBERAS” INI AKAN DILAKSANAKAN?

  • MYBERAS akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin.
  • Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021, berdasarkan sumbangan beras yang diterima dari orang ramai dan badan korporat yang menyumbang.

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT BANTUAN DAN MANFAAT DARIPADA INISIATIF PROGRAM “MYBERAS” INI?

  • Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif program MYBERAS ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.
Sumber : Yayasan WP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan