"Duit KWSP itu, Duit Rakyat!" Kata Datuk Seri Najib - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Khamis, 7 Januari 2021

"Duit KWSP itu, Duit Rakyat!" Kata Datuk Seri Najib

 

SHAH ALAM - Ramai rakyat meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengenai dua kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP amatlah tidak wajar kerana duit KWSP itu sebenarnya hak milik rakyat.

Menurutnya, pihak KWSP sepatutnya membenarkan semua pencarum mengeluarkan RM10,000 secara pukal tanpa meletakkan syarat sedemikian.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian.

“Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan benar-benar prihatin dan peka dengan tuntutan rakyat, maka pihak mereka perlu mengubah dan melakukan penambahbaikan terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak KWSP semalam.

“Saya akan terus memperjuangkan hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan masih mengekalkan syarat-syarat yang ketat ini, maka saya yakin perkara ini akan mengundang kemarahan rakyat secara berterusan,” kata beliau lagi dalam hantaran tersebut.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan berkata, kriteria bagi kategori satu meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Kriteria bagi kategori dua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

4 ulasan:

  1. klu letak dgn syarat skli apa lh guna nya klu syrikat tdak ingin mmbntu tuk buat surat sokongan dan stu lg d sruh dtg ke kwsp knpa??? nak tmbah cluster kwsp dah lah skrg mkin mningkat cvd ni nak naik kan lg kah

    BalasPadam
  2. Kali ni klu masih tak lulus juga tak payah mencarum takut nanti semakin banyak. nak ambik balik duit titik peluh sendiri tak dapat.kerajaan dh curi duit rakyat tak dpt nak bayar balik.

    BalasPadam
  3. Saya harap syarat pengeluaran kwsp kategori 2 dimansuhkan..permudahkan la proses pengeluaran kwsp kategori 2 untuk semua orang..kami amat memerlukan wang kwsp kami..harap pihak kerajaan dan kwsp dengar rintihan kami rakyat malaysia yang terjejas akibat penularan covid-19

    BalasPadam