Semak Cara-Cara Memohon i-Sinar Kategori 2 Di Sini - Permohonan Bermula Hari Ini 11 Januari 2021

 

Cara Mohon i-Sinar Kategori 2 Dengan Dokumen Sokongan Bagi Yang Tidak Layak Kategori 1

Tahniah sekiranya anda lulus! Pemohon yang lulus hanya perlu tunggu bayaran pertama dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing pada tarikh bayaran pertama i-Sinar kategori 1 yang ditetapkan.

Bagi yang tidak lulus atau tidak layak memohon i-Sinar kategori 1, jangan risau kerana anda masih boleh mohon i-Sinar Kategori 2.

Siapa yang layak mohon i-Sinar kategori 2 dan bagaimana nak buat permohonan i-Sinar kategori 2? Ketahui jawapannya di perkongsian bawah.

Tarikh Mohon i-Sinar Kategori 2

Bila tarikh mohon i-Sinar Kategori 2? Anda boleh mohon i-Sinar kategori 2 pada tarikh berikut:
  • Tarikh permohonan i-Sinar Kategori 2: 11 Januari 2021

Individu Yang Layak Mohon i-Sinar Kategori 2

Individu yang layak mohon i-Sinar Kategori 2 adalah:
  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas [jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa] 1 Mac 2020
  • Mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan

Dokumen Sokongan Untuk Mohon i-Sinar

Permohonan i-Sinar Kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian; ATAU
  • Bukti pemotongan elaun; DAN / ATAU
  • Tuntutan kerja lebih masa
Nak mohon i-Sinar kategori 2 tetapi tiada dokumen sokongan yang dinyatakan di atas? Anda masih boleh mohon i-Sinar Kategori 2 dengan dokumen sokongan lain seperti:
  • Notis diberhentikan kerja daripada majikan
  • Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
  • Notis potongan gaji dengan majikan
  • Notis potongan elaun daripada majikan
  • Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  • Penyata akaun perniagaan / laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  • Surat akaun pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)
Menurut penjelasan CEO KWSP, belia juga menjelaskan bahawa individu yang tiada apa-apa dokumen sokongan juga boleh mohon i-Sinar KWSP

Cara Mohon i-Sinar Kategori 2

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan i-Sinar Kategori 2




Bayaran i-Sinar Kategori 2

Semakan status permohonan i-Sinar Kategori 2 dan bayaran adalah seperti berikut:
  • Status permohona i-Sinar Kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i-Sinar Kategori 2 anda diluluskan
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
  • Pembayaran bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan i-Sinar kategori 2 boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP di talian 03 8922 6000



Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. X mtk byk pon, 5k jaa.. kategori 2 lg la sadisss

    BalasPadam
  2. x lolos. duit sndri la. bknnya duit kerajaan

    BalasPadam
  3. MENYUSAHKAN!!!!! KALAU TAK ADA SEMUA KRETERIA YANG DINYATAKAN TU MACAM MANE? BOS PULAK TAK NAK SOKONG. JADI MACAM MANE? NAK KELUAR DUIT HASIL TITIK PELUH SENDIRI JE PON.. JANGAN LA KEJAM SANGAT KERAJAAN OI.. TOLONG SELARASKAN SEMUA AHLI LAYAK KELUARKAN ACC 1 TANPA SYARAT TAK MASOK AKAL TU!!! INGAT KAMI2 NY ORANG SENANG KE ORANG KAYA KE?? AKU NY SIANG KEJE OFFCE MALAM KANG KEJE KEDAI MAKAN. PUNYE NAK BAGI ANAK2 SEKOLAH NAK BAYAR YURAN RUMAH KERETA. INGAT GAJI 1200 NY CUKUP KE HA?????????

    BalasPadam
  4. Nak surat sokongan. Sy ne kerja harian. Tp boss bagi cuti tanpa gaji. Lepas tu xnk sokong utk pgeluaran kwsp. Mcm mn... Kerajaan sng la. Hari2 ada duit. Kmi ne rakyat y memerlukan, mcm mn. Ada kmu trun tgo keadaan rakyat y susah? Lg2 y ada anak.. Mau hrp gaji suami pn. Gaji suami pn, xbole cover semua. Bnyk perlu d byr. Keperluan anak2. Sapa nak beli law bkn ibubapa sndiri. Tp tnpa duit,dpt ka beli.? Duit smpanan hasil titik peluh sendiri pn diberi syarat. Bkn x mcarum balik, jn saja nt kmu rasa mcm mn rakyat rasa.

    BalasPadam
  5. X payalh banyak syarat2 dikenakn rakyat sndiri.sdgkn kami menyimpan duit kekwsp pn x da syarat pn..inikn pulk kami nk hak kami 10k ja pn banyak bagi syarat bukn kami nk keluar habis akauan 1 cuma 10k je utk keperluan mengurangkn beban kami.tiada siapapn rakyat akan jadi papa kedana klau keluarkn 10k.klu kami keluarkn 10k kami masih lagi ada baki dlm akauan 1 5,10,15,20,30,atau 40k klau yg masih berkerja.saya menyimpan kwsp tahun 1992 saya rasa ceo ni Tunku Alizakri belum ada...hahaaa...

    BalasPadam
  6. Apa lh menyusahkan rakyat betul lh kami cuma nak hak kami je kenapa nak bersyarat pula.duit titik peluh sendiri pun tak dpt ambik ke.lebih baik tak payah mencarum klu tak ada nak ambik duit sendiri.

    BalasPadam
  7. Tlg lh bagi lulus. Sy amat mermelu kan Sgt duit sekarang ni.

    BalasPadam
  8. haishh... xtaw nk cakap apa.. dh jatuh ditimpa tangga lg.. duit ada tp xdapat nk kluarkan.

    BalasPadam
  9. Bersyarat...jgn pikir kami yg berkerja ni cukup duit..law ckup kami pun xmau aplly i sinar tu...disbbkan x ckup la kami mohon i sinar.. Tp xlyak...kna mohon smula kategori 2..duit hasil titik peluh kami...kenapa i lestari bole plak lulus..mohon pihak kwsp pertimbangkan lah pemohonan kami ni...tiap2 bulan kami mencarum..tp mcm ni lak kami kna ..nk surat tu surat ni....haishh

    BalasPadam
  10. Sya yg krja sebagai security. Mcm mna nak apply i sinar. Slip gaji dan bank statment sdah sya minta.ikut dlm acc bank dan slip mmng ada sikit terjejas. Tapi sya buat pembayaran d tmpat lain semasa pkp sbab mcm mana sya nak buat. Sbab dkat slip gaji dan bank statment mmng tak ada apa2. Sya ada buat skit pinjaman wang berlesen semasa pkp masa tu.

    BalasPadam
  11. Hi nak tanyak saya tak sempat memohon i sinar1 i sinar 2

    BalasPadam
  12. Sy pnya company da ler susah nak mntk bantuan...gaji x besar mana allowance yg sikit pon da kena potong...kerja kena buat lebih, nak mntk surat sokongan pon susah..kerja di melaka...company di shah alam...mohon di senangkn pengeluaran bg kami...yg xde pemotongan 30%...tp terkesan dgn keadaan sekarang

    BalasPadam