Bantuan Kewangan Kepada Pelajar-Pelajar Sabah Secara One-Off - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Sabtu, 16 Januari 2021

Bantuan Kewangan Kepada Pelajar-Pelajar Sabah Secara One-Off

 

Kepada pelajar yang tinggal di Sabah, kerajaan Sabah baru-baru ini mengumumkan satu inisiatif berupakan bantuan khas kepada pelajar sekolah dan IPT di Sabah yang melanjutkan pelajaran.

BANTUAN PELAJAR DI SABAH

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah menyatakan dalam pengumuman beliau bahawa Negeri Sabah akan memberikan BANTUAN PELAJAR kepada pelajar di Sabah melalui bantuan :
  • Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar IPT
  • Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) untuk pelajar sekolah
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk bantuan ini kepada pelajar yang layak

BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama (STAM) bagi penghujung tahun 2021.

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (BUDI)

Bagi pelajar negeri Sabah yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun 2021 akan menerima bantuan RM2,000 secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Kami belum mendapat info secara tepat bagaimana peruntukkan ini akan disalurkan.

Bagaimanapun, kemungkinan besar untuk pelajar sekolah akan diberikan terus melalui sekolah kepada pelajar.

Manakala bagi pelajar IPT, perlu membuat permohonan berserta surat permohonan kemasukan universiti.

Kami akan kemaskini info terkini sekiranya terdapat perubahan maklumat.

Bagi ibubapa yang masih belum mohon Bantuan Smartphone Percuma untuk anak anda, anda boleh mohon sebelum ditutup.

4 ulasan:

  1. Macam mana mahu memohon smartphone utk pelajar sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://appform.prod.frogdev.asia/?fbclid=IwAR1wzaf7ok1RHo2Qzng0VoaghA4LXLiW8eu2qkW7gnrlMdj_wLKCuoBymwQ guna link ni

      Padam
  2. Hye ? Sudah ada update utk permohonan bantuan ipt ?

    BalasPadam
  3. Borang permohonan untuk ipt hantar di mana?

    BalasPadam