Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula 11 Januari 2021

 

Sejak permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bagi mereka yang benar-benar layak, maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik kepada mereka.

Pasti ramai pemohon yang sudah tidak sabar untuk ketahui tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP kan? Ketahui tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP di bawah.

TARIKH BAYARAN PERTAMA i-SINAR KWSP

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
  • Tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP: 11 Januari 2021
Walaubagaimanapun, pemohon mestilah membuat semakan kelulusan permohonan terlebih dahulu pada 4 Januari 2021 bagi yang telah memohon.

JADUAL BAYARAN i-SINAR KWSP 

Untuk makluman anda, pembayaran pertama dan ansuran i-Sinar bagi permohonan yang diluluskan adalah berdasarkan jumlah pengeluaran yang dimohon. Anda boleh semak jadual pembayaran i-Sinar KWSP di pautan berikut:
Bagi pemohon yang masih belum membuat permohonan i-Sinar dan berhasrat untuk mohon, anda tidak perlu tergesa-gesa kerana permohonan i-Sinar adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021.

Jangan tergesa-gesa sehingga melakukan kesilapan permohonan i-Sinar KWSP yang telah ramai lakukan kerana tiada pindaan atau pembatalan boleh dilakukan bagi permohonan yang telah dihantar.

Untuk panduan lengkap permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk DI SINI.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kami warga negara Malaysia berasal disabah amat memerlukan bantuan ini pada pihak kwsp utk mengeluarkan duit kwsp i sinar di (akaun) 1 sebanyak $10.000

    BalasPadam
  2. Sy tak ada terima masuk dalam Acc sy pada bulan fabuarey tu.tapi selepas sy buat penukaran amuan pada 8.3.21 tu sy terima masuk dalam Acc sy.yg masuk cuma amuan asal bayaran pertama.11.3.21 ada masuk.penukaran amuan pada 8.3.21 telah d lulus kn kwsp.ada ka bayaran yg masuk Acc sy pd 11.3.21 tu bayaran sy bulan farbuarey.minta penjelasan kwsp.

    BalasPadam