Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini - Mohon Sekarang!


Apa Itu Kategori 1?

Kategori ini adalah ahli yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan. Kriteria yang diperlukan adalah:
  1. Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan
  2. Ahli yang mengalami Pengurangan Gaji Pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Cara Mohon Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Akaun 1

  • Kaedah Atau Cara Memohon
  1. Sila layari https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik PERMOHONAN i-SINAR
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta (nombor telefon terkini, nama bank, nombor akaun terkini)
  4. Tidak perlu muat turun dokumen sokongan
  5. Sila semak sebelum buat pengesahan
  6. Klik HANTAR
  • EPF menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula 21 Disember 2020 (Kategori 1) dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.
  • Permohonan akan dibuka selama 6 bulan bermula hari ini (21 Disember 2020).
  • Untuk memastikan kelancaran urusan permohonan i-Sinar, sila pastikan anda telah mendaftar i-Akaun, nombor telefon bimbit telah dikemaskini serta akaun bank milik anda adalah AKTIF

Semakan Status Pengeluaran 

Tiada pengumuman rasmi cara untuk melakukan semakan ke atas permohonan pengeluaran. Namun pihak KWSP akan memaklumkan kepada pemohon status application selepas 2-3 minggu permohonan dibuat.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR - 0389224848 dibuka 8 pagi- 8 malam.

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. sy puny akaun 2 x dpt lg,bulan lapas sy dpt 3/12,tpi npa sy bulan ni x dpt lg,

    BalasPadam
  2. Sy btu dpt skli xthu dpt ke x yg kli kedua

    BalasPadam
  3. I sinar kategori1 bayaran kedua rm1000 bila masuknya?

    BalasPadam
  4. nak resit amaun i sinar..tsilap tulis...

    BalasPadam
  5. Sy pon blom dpt lg...semakkan sdh dluluskn...lmbt lg ke..?

    BalasPadam