Cara-Cara Membuat Permohonan Temu Janji Di Kaunter KWSP - Mohon Secara Online!



Pada Julai 2020 yang lalu, Kaunter Perkhidmatan KWSP akan mula beroperasi dengan menggunakan konsep temu janji yang perlu di mohon secara online terlebih dahulu.

Ahli yang telah membuat temujanji ataupun appointment sahaja yang boleh berurusan di bahagian kaunter KWSP.

Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan kaunter, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Sila rujuk panduan di bawah

Panduan Membuat Janji Temu KWSP

Permohonan jani temu boleh dibuat melalui 2 cara berikut.

Cara 1

Menerusi Laman Web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ menerusi pautan Permohonan Janji Temu Online


Cara 2

Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Saranan KWSP

  • Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan langkah untuk membasmi COVID-19 seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
  • Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar
  • (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera.

Waktu Operasi Kaunter KWSP

1. Kaunter
  • 8:30 pagi sehingga 4:30 petang pada hari bekerja sahaja.
2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
  • 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerj sahaja.
Mesti Buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum

Ahli boleh membuat permohonan temujanji seawal 30 hari dan selewatnya 1 jam sebelum masa janji temu tetapi bergantung kepada slot kekosongan slot pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Catat Ulasan

2 Ulasan