i-Sinar KWSP : Anda Kini Boleh Membuat Permohonan Pengeluaran Sebanyak RM10,000 Akaun 1 KWSP


KWSP hanya buka PERMOHONAN i-SINAR ONLINE sahaja jika ahli ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP melalui isinar.kwsp.gov.my

Apa itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Apakah kriteria untuk saya buat permohonan i-Sinar online ?

Ramai yang salah faham tentang perkataan “syarat” / “ kriteria”. Sila fahami betul-betul maksud perkataan ini untuk elak salah faham.

Mengikut Kamus Dewan :

Kriteria bermaksud ukuran untuk menentukan nilai sesuatu.

KWSP perlu juga meletakkan ukuran nak menentukan pendapatan ahli yang terjejas.

Mengikut Kamus Dewan juga :

Syarat bermaksud tuntutan yang 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 dipenuhi.

Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:

Kategori 1
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

MAKSUD TIADA CARUMAN KWSP (sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan)

Maksud tiada caruman KWSP ialah tiada bayaran/caruman kepada KWSP dalam tempoh 2 bulan berturut-turut semasa permohonan. Lebih jelas lagi, tiada gaji, tiada bayaran caruman kepada KWSP juga.

Bagaimana pula sudah lama tidak mencarum? Contohnya 5 tahun sudah tidak mencarum kepada KWSP,anda juga layak untuk mohon i-SINAR.

Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Bila saya boleh buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE ?

Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.

Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Bagaimanakah cara buat permohonan i-Sinar Online?

Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

CARA PERMOHONAN i-SINAR ONLINE

Berikut adalah contoh untuk buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE:
  1. Klik PERMOHONAN BARU i-SINAR
  2. Lengkapkan maklumat yang diminta:
  3. nombor telefon bimbit.
  4. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran(Masih aktif,Milik anda,Bukan akaun bersama)
  5. Muat turun DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR jika diminta (Kategori 2)
  6. Sila semak sebelum buat pengesahan
  7. Klik HANTAR

Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Bila pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?

Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?

Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Amaun Kelayakan i-Sinar

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.


Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

SOALAN LAZIM PERMOHONAN i-SINAR ONLINE

Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya buat permohonan i-Sinar online ?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Adakah SURI RUMAH layak mohon i-Sinar?

Saya munirah,40 tahun,seorang suri rumah yang menjual kuih dalam talian,saya ahli KWSP yang tidak mencarum selama 8 tahun,adalah saya layak mohon i-Sinar?

Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.

Adakah pemandu bas sekolah layak mohon i-Sinar?

Saya Abu,35 tahun,seorang pemandu bas,ahli KWSP yang telah hilang sumber pendapatan dan sudah 8 bulan tidak mencarum KWSP

Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.

Adakah krew filem layak mohon i-Sinar?

Saya Chan,30 tahun,seorang krew file yang pendapatan mengikut projek,ahli KWSP yang sudah 3 tahun tidak mencarum KWSP

Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.

Adakah pembantu tadika layak mohon i-Sinar?

Saya Mila,27 tahun,seorang pembantu tadika yang bergaji hari (tunai),ahli KWSP yang sudah 10 bulan tidak mencarum KWSP

Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.

Adakah Rider Foodpanda layak mohon i-Sinar?

Saya Ahmad,28 tahun,seorang rider Foodpanda,ahli KWSP yang sudah 3 bulan tidak mencarum KWSP

Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.

Maklumat Lanjut & Info

Sila rujuk https://isinar.kwsp.gov.my/

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. pakai bayar loan moto keluar 500 sebulan

    BalasPadam
  2. Tolong lh bagi lulus i-sinar kali ini.saya dh 3 kali dh isi dokumen sokongan ni.klu tak lulus juga lepas ni dokumen apa pula yg di perlukan.sijil kematian nak ke.

    BalasPadam