Semakan Tarikh & Jadual Pembayaran i-SINAR KWSP - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 21 Disember 2020

Semakan Tarikh & Jadual Pembayaran i-SINAR KWSP

 

Permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP kini telah dibuka bagi Ahli KWSP yang terjejas pendapatan daripada kategori 1.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ahli KWSP yang betul-betul memerlukan bantuan kewangan boleh membuat permohonan pengeluaran secara online.

Pembayaran i-Sinar KWSP bagi pemohon yang layak adalah berdasarkan kategori dan jumlah permohonan pengeluaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh pembayaran i-Sinar dan jadual pembayaran i-Sinar KWSP.

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Berikut adalah tarikh permohonan i-Sinar KWSP bagi 2 kategori:
  • Kategori 1: 21 Disember 2020
  • Kategori 2: 11 Januari 2021
Permohonan i-Sinar secara online kini telah DIBUKA di laman web isinar.kwsp.gov.my

TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP

Tarikh bayaran i-SINAR KWSP bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut:
  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP Kategori 1: Pertengahan Januari 2021
  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Semakan status permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 1 boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Bayaran i-SINAR KWSP

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai pembayaran i-Sinar KWSP:

Baki simpanan RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertma mengikut pilihan anda sehingga RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50) *Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki simpnan Akaun 1 lebih dari RM100,000

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan. *Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Jadual Pembayaran Bulan Pertama

Semak jadual pembayaran bulan pertama mengikut jumlah pengeluaran pemohon:

Baki Simpanan RM100,000 dan ke bawah


Baki Simpanan Akaun 1 Lebih dari RM100,000


Untuk panduan lengkap permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk DISINI

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

16 ulasan:

  1. Jika baki dlm akaun 1 tinggal 16k,blh kah pengeluaran pertama 10k dan baki di keluarkan sebanyak 1200 sebulan.MOHON

    BalasPadam
  2. mudah mudahan permanaafaat pd terjejas dpt pulih masalah kewangan ..

    BalasPadam
  3. Ade jadual utk bayaran bln ke dua x

    BalasPadam
  4. Ade tak jadual tarikh pembayaran i sinar berikut nye sehingga 6 bulan..

    BalasPadam
  5. Bila Tarikh I sinar masok akaun saya?

    BalasPadam
  6. Macam mane saya nk dptkn jadual bayaran i sinar saya?

    BalasPadam
  7. Sy lama tak mencarum kwsp tapi saya tak layak ketegori1

    BalasPadam
  8. Saya nak tanye.isinar kategori 1 bulan 2 dapat berapa hari bulan.yang bulan 1 dah dapat.

    BalasPadam
  9. Saya nak tanye.isinar kategori 1 bulan 2 dapat berapa hari bulan.yang bulan 1 dah dapat.

    BalasPadam
  10. Ada jadual pembayaran tak..kalau tak de jadual mcm mne kami nk tau...i lestari boleh ade jadual knpe i sinar x ada...

    BalasPadam
  11. Kenapa Saya kategori 1 tdk Masuk lg..

    BalasPadam
  12. Bln 1 dh dpt,bln 2 xdpt lg..kenapa Nye.

    BalasPadam
  13. Nape xde jadual kemasukan duit i sinar ya mcm i lestari..? Utk bulan 2, blom ada dikreditkan lg ke akaun... Nape lmbat sgt ya..?

    BalasPadam