ISU SEMASA
Muat Turun Borang Permohonan Bantuan RM100 Sehari - NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara)
Anda boleh ikut panduan di bawah untuk memohon bantuan RM100 ini. Manakala borang permohonan bantuan RM100 ini boleh di "download" melalui pautan yang disertakan di laman rasmi NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).
Sila pastikan anda baca syarat-syarat permohonan Bantuan RM100 ini terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda.
Syarat Kelayakan Memohon
Di bawah merupakan syarat kelayakan bagi individu yang layak untuk memohon bantuan bencana RM100 ini.- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
Pemohon Yang Tidak Layak
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19
Kadar Bantuan Yang Di Terima
RM100 Sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19 (warded)Baca Juga : Permohonan Bantuan RM600 Bagi Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji
Bantuan khas ini hanya diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan bantuan RM100 NADMA adalah pada- 31 Disember 2021
Dokumen Yang Diperlukan
1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal)2. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui SAH)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui SAH)
i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasa dan Pemerhatian
Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19
4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. **(Salinan Diakui SAH)
**sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Bagaiman Mohon Bantuan RM100
1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web Portal Rasmi Nadma

- Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Catat Ulasan
0 Ulasan