Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100 Untuk Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.

KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan secara sekaligus sebanyak
  • RM100 bagi setiap murid

AGIHAN BANTUAN

Tempoh pelaksanaan BAP adalah mulai Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal 4 Januari tahun semasa secara berperingkat terus ke;
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunya Akaun KWK
Setiap sekolah yang sudah terima wang bantuan akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

CARA MEMOHON BAP

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Persekolah sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan. Maklumkan kepada pihak sekolah untuk uruskan permohonan ini.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Bila kah bantuan awal persekolahan akan di beri.?

    BalasPadam
  2. Kelayakan berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 si suami,pendapatan isteri pun sama rm3k jumlah keseluruhan rm6k,bila suami mohon confirm dapat,sebab guna nama dia sorang,bagi suami pendapatan rm4k,isteri tidak bekerja,anak 3 orang sekolah,bila melihat hon confirm x dapat.jadi dimana keadilan bantuan yang diberikan pada rakyat.

    BalasPadam
  3. Kelayakan berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 si suami,pendapatan isteri pun sama rm3k jumlah keseluruhan rm6k,bila suami mohon confirm dapat,sebab guna nama dia sorang,bagi suami pendapatan rm4k,isteri tidak bekerja,anak 3 orang sekolah,bila melihat hon confirm x dapat.jadi dimana keadilan bantuan yang diberikan pada rakyat.

    BalasPadam