Siarang Langsung : Dato Seri Najib Tun Abdul Razak "Fight Back" Berkenaan Isu Kwsp Dan Lanjutan Moratorium
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak "Fight Back" Berkenaan Isu Kwsp Dan Lanjutan Moratorium
"Saya ingin mencadangkan, bayaran balik dibawah pinjaman Lembaga Pembiayaan Sektor Awam, diberi Moratorium hingga 30 Jun 2021. Tuan Yang Dipertua, sebagai langkah yang induk, yang perlu dilakukan oleh kerajaan, bagi menghadapi ancaman serampang mata ini, yakni COVID dan TEKANAN EKONOMI, saya berpendapat 4 langkah perlu dilakukan. Langkah pertama, kita perlu menyuntik lebih banyak dana ke terus ketangan rakyat. Inilah "Cash Is King". Kedua-dua langkah ini, yakni pengeluaran pukal KWSP dan lanjutan secara automatik moratorium pinjaman adalah SELARAS dengan pendekatan ini".
"Lagipun penambahan ini tidak melibatkan penambahan defisit kerajaan atau pun hutang negara. Bajet yang dibentangkan ini ada mengandungi cadangan, untuk memindah kewangan ketangan rakyat, seperti bantuan BPN, Bantuan Nelayan, Bantuan Kebajikan dan lain-lain lagi. Namun, golongan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta tidak disenaraikan dan mereka juga terkesan dan lebih-lebih lagi mereka diminta pulang kerumah setelah tiba ke kampus masing-masing".
"Antara benda yang patut dipertimbangkan adalah, pengurangan pengajian kerana kos operasi kampus sudah berkurangan dalam masa PKP ini, memandangkan pembelajaran banyak beralih secara dalam talian, kos pelan data seharusnya diberikan secara percuma atau kadar minima. Sehubungan itu, jika kerajaan memberikan RM180 kepada golongan B40, saya mohon dipertimbangkan agar RM100 juga diberikan kepada golongan M40.
Catat Ulasan
0 Ulasan