ISU SEMASA
Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menerima pelbagai manfaat hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021 kan? Dengan keadaan pandemik sekarang yang kian meningkat, ramai yang terkesan dari segi pendapatan dan ada juga yang kehilangan kerja.
Diharapkan dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat meringankan beban kewangan golongan-golongan yang layak. Selain B40, golongan M40 juga bakal menerima pelbagai manfaat daripada kerajaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk senarai peruntukan bantuan untuk B40 dan M40.
Peruntukan Bantuan Untuk B40
Bantuan Prihatin Rakyat
- Bantuan kewangan sehingga RM1800 yang mula dibuka untuk permohonan pada Januari 2021
- Bantuan buat isi rumah dengan pendapatan sehingga RM5000
- Bantuan buat bujang dengan gaji kurang daripada RM2500
Bantuan Pembayaran Pinjaman Bank
- Moratorium lulus mudah B40
- Penangguhan selama 3 bulan ( atau 50% bayaran selama 6 bulan )
Rancangan Makanan Tambahan
- RM420 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan diberikan setiap hari ( daripada 2 hari seminggu )
Perlindungan MySalam
- Perlindungan MySalam untuk kes peranti perubatan diluaskan
Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin
- Bantuan kebajikan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan sehingga RM1000 maksimum setiap keluarga
Program Jaringan Prihatin
- Program pendidikan awal di KEMAS
- Pusat Komuniti : Tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi sekolah
Program Pengedaran Barang Perlu
- Tong Gas Petroleum Cair (LPG)
Pengangkutan Awam
- My30 : RM300 juta
- Pas bulanan KTM & Tren Sabah Jajaran Beaufort-Tenom RM5 untuk OKU & Pelajar (RM4 juta)
Peruntukan Bantuan Untuk M40
Pengeluaran Akaun 2 KWSP
- Pengeluaran Akaun 2 KWSP dibenarkan untuk perlindungan insurans, takaful hayat dan penyakit kritikal.
Pengurangan Kadar Caruman KWSP
- Pelepasan cukai caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun 2025.
Bantuan Pembayaran Berasar
- M40 perlu pengisytirahan kendiri untuk pengurangan pendapatan.
Bantuan Prihatin Rakyat
- Berpendapatan bulanan RM4001 - RM5000 akan terima bantuan RM500 yang mempunyai seorang anak
- RM750 bagi yang mempunyai dua orang anak atau lebih
Cukai Pendapatan Turun 1%
- Pendapatan bercukai RM50,000 - RM70,000
Pelepasan Cukai Gaya Hidup
- Diperluaskan skop meliputi surat khabar digital dinaikkan kepada RM3000 (tambahan RM500) bagi perbelanjaan berkaitan sukan
Program SAVE 2.0
- e-Rebate RM200 peralatan elektrik cekap tenaga tempatan
Pengangkutan Awam
- RM300 juta : My30
- RM4 juta: Pas bulanan RM5
- RM150 juta: Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti
Pelepasan Cukai
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM8000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
Sekian sahaja senarai peruntukan bantuan bagi golongan B40 dan M40 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021. Namun anda kena ingat bahawa pelaksanaan bantuan-bantuan ini akan mula memberi manfaat kepada rakyat bermula tahun hadapan.
Semoga Maju Jaya!
Catat Ulasan
1 Ulasan
Perluaskan kpd seluruh warga yg terjejas, tdk kira B40 dan M40... Tdk semua org mengalami masaalah yg sama
BalasPadam