Permohonan Pos Rider Malaysia : Komisyen Sehingga RM10,000 Sebulan - Mohon Sekarang!
Permohonan Pos Rider Malaysia : Komisen Boleh Mencapai RM10,000 Sebulan!
Betulkah jadi pos rider boleh jana pendapatan RM10,000 sebulan?
Anda boleh baca sendiri artikel tentang kisah Chairil Anwar bagaimana pandemik COVID-19 mengubah hidupnya dari seorang pemilik bisnes kepada pos rider yang mampu meraih pendapatan RM2,500 seminggu!
Jika berminat, anda juga boleh mohon sebagai pos rider sepenuh masa.
Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan sebagai pos rider Malaysia.
Permohonan Pos Rider
Untuk memohon sebagai pos rider, anda mestilah:- Permohonan hanya dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
- Permohonan hanya untuk SEPENUH MASA sahaja (kecuali Sabah & Sarawak dibuka untuk SEPARUH MASA).
- Wajib mempunyai Lesen GDL. Lesen L&P Tidak Dibenarkan.
- Bagi permohonan SEPENUH MASA wajib mempunyai PANEL VAN, Lesen GDL dan SSM / Lesen Perniagaan (SS)
- Bagi permohonan SEPARUH MASA (Sabah & Sarawak) dibenarkan menggunakan kenderaan SELAIN daripada Panel Van bagi tempoh PKP ini sahaja.
- Wajib menggunakan telefon pintar Android 7.0 ke atas dengan sokongan Google Play sahaja.

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang permohonan pos rider di sini atau emelkan permohonan anda ke posrider2@pos.com.my.
Untuk info lanjut anda boleh rujuk Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad.
Catat Ulasan
0 Ulasan