Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 2021 Untuk Golongan B40 - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 16 November 2020

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 2021 Untuk Golongan B40

 

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMR)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMR). Anda ada tanah? nak buat rumah? Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) tahun 2021. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web SPNB.

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2021 ONLINE UNTUK GOLONGAN B40 (RMR)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Rumah Mesra Rakyat termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara mohon :

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT

Antara syarat-syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

CIRI PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT


CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT ONLINE

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB
https://rmr.spnbonline.com.my/.

2. Klik pendaftaran baru.

3. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.

4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.

5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.

6. Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.

7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.

8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.

BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT


Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari
https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan