Apa itu i-Sinar dan i-Lestari?
APAKAH ITU i-SINAR?
i-Sinar adalah program untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100.SYARAT PERMOHONAN i-SINAR
- Ahli pencarum KWSP yang telah kehilangan pekerjaan.
- Ahli pencarumKWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.
- Ahli pencarum KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan.
- Ahli KWSP Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut.
- Pencarum yang telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluarkan daripada akaun 1 melalui i-Sinar.
JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN MELALUI i-SINAR
Inisiatif i-Sinar ini terbagi kepada 2 kategori iaitu pengeluarkan akaun 1 dengan Baki 90,000 ke atas dan Baki Simpanan Akaun 1 90,000 Kebawah:-Jika bagi akaun 1 anda RM90,000 kebawah
Anda dibenarkan untuk mengeluarkan maksimum RM9,000 dan amaun dibayar secara berkala sehingga 6 bulan dengan pendahuluan pertama sebanyak RM4,000 dan pengeluarkan selanjutnya sebanyak RM1000 (maksimum) sebulan.

Jika Baki akaun 1 Anda RM90,000 Keatas
- Pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan pendahuluan sebanyak 10% dengan jumlah maksimum pendahuluan sebanyak RM60,000.
- Jumlah pendahuluan ini dibayar secara berkala sehingga 6 bulan dengan jumlah pertama sehingga RM10,000.
- Pengeluarkan bulanan seterusnya adalah maksimum RM10,000 sebulan.

CARA MEMOHON i-SINAR KWSP
Buat masa sekarang pihak kerajaan dan KWSP belum lagi memberikan panduan dan cara untuk membuat permohonan pihak kami akan berikan kemaskini dari masa ke semasa dan update terkini yang diberikan oleh pihak KWSP untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk sendiri maklumat di laman sesawang rasmi KWSP.APAKAH ITU i-LESTARI?
i-Lestari merupakan satu program KWSP, yang mana anda boleh mengeluarkan minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari Akaun 2 sehingga maksimum 12 bulanKalau anda ada pekerja, ini juga salah satu maklumat yang anda perlu guide mereka supaya mereka tahu tentang berita ini sebab mereka perlu mohon sendiri
CARA NAK MOHON
2. Melalui emel dan di alamat kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
3. Hantaran pos ke alamat:
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON:
1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap & Bukan Warganegara2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

APAKAH MANFAAT i-LESTARI KEPADA SEMUA?
Jika ramai dalam kalangan penyimpan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini adalah mereka yang mempunyai simpanan yang tidak melebihi RM20,000, pasti ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan walau dengan semaksimum RM500 sebulan.Apa akan terjadi kepada makcik, pakcik, kakak dan abang di luar sana yang berniaga pagi untuk menyuap makan pada petangnya? Bagi mereka yang bependapatan mengikut hari, menyara keluarga mungkin menjadi sesuatu yang perlu diambil kira.
Jika tidak dapat bekerja, maka tiada langsung sumber pendapatan mereka, bukan diminta untuk disuap setiap masa. Tetapi, pelbagai langkah yang terus kepada masyarakat yang bekerja sendiri dan tiada sumber pendapatan lain perlu dipergiat dan diperkemas dengan sebaik mungkin.
Terbayang mereka yang menjual nasi lemak pada pagi hari, kakak tepi jalan yang meniaga pisang goreng panas, abang jual ‘coconut shake’ di pasar malam, ‘uncle’ yang pusing satu kampung bawa putu mayam, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika ada keluarga atau sauadara yang perlu ditanggung?
Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi serta stabil, hanya duduk diam di rumah mungkin menjadi terapi buat mereka, namun perkara itu tidak bagi mereka yang bekerja sendiri. Setiap hari, kegusaran untuk keluar mencari sesuap nasi mungkin menjadi keutamaan mereka daripada membiarkan anak bini kelaparan.
Rajah di bawah merupakan penulisan saudara Adam Firouz (Khazanah Research) mengenai purata penyimpanan bagi penyumbang KWSP mengikut peratus simpanan.
Kiraan yang dibuat mendapati simpanan yang perlu ada adalah sekurang-kurangnya RM6,000 dalam Akaun 2. Ini bermakna, sekitar RM20,000 diperlukan dalam simpanan KWSP barulah kita dapat menggunakan 30 peratus sebagai jumlah simpanan yang akan dimasukkan dalam Akaun 2.
Jika dilihat pada rajah di atas, mereka yang paling terkesan adalah dalam kalangan kumpulan yang berpendapatan rendah kerana menfaat yang diperoleh tidak mampu bertahan lama.
Malah mereka yang mempunyai simpanan sebanyak 10 peratus tidak mempunyai simpanan yang cukup daripada jumlah maksimum pengeluaran RM500 dalan Akaun 2 yang dibenarkan kerajaan.
Itu belum menyentuh soal berapa lama duit simpanan ini bertahan sehingga penghujung tahun jika ianya berlarutan. Ini termasuklah mereka yang mempunyai 40 peratus simpanan, juga tidak mampu bertahan sehingga 12 bulan.
Apa yang lebih merisaukan lagi adalah wang simpanan ini sepatutnya hanya dibenarkan keluar pada hari tua. Bagaimana ianya mampu bertahan untuk jangka masa panjang? Jika pekerja memilih untuk mengeluarkan dan menggunakan simpanan KWSP ini pada masa sekarang, simpanan hari tua mereka akan terus berkurang.
Catat Ulasan
2 Ulasan
Sye dh lame tidak keje,duit pun tidak2 da
BalasPadamboleh memohon i lestari kalau hilang mykad ?
Padam