Penjelasan Lanjut Berkenaan Dengan i-Sinar KWSP

 

Sebelum ini, menerusi pakej Prihatin dalam program i-Lestari kerajaan telah membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan meliputo jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pula, kerajaan telah mengumumkan permohonan pengeluaran dari Akaun 1 KWSP secara bersyarat. Sudah jelas bahawa pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar adalah dibenarkan sehingga RM60,000 dengan pendahuluan awal sehingga RM10,000.

Namun masih ramai yang keliru dengan beberapa perkara berkaitan dengan i-Sinar ini. Bagi menghilangkan rasa tanda tanya, anda boleh baca penjelasan lanjut bagi beberapa persoalan famous di bawah.

PENJELASAN LANJUT ISU i-SINAR

"Bolehkah saya yang telah memohon pengeluaran i-Lestari memohon i-Sinar?"

Boleh sahaja, tiada masalah bagi pemohon i-Lestari untuk memohon i-Sinar. Kedua-dua kemudahan boleh berjalan serentak.

"Mengapakah tidak semua ahli layak untuk i-Sinar?"

Sebab i-Sinar ini memang kemudahan untuk ahli yang betul-betul layak dan terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 sahaja.

"Mengapakah saya perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?"

RM100 minimum di dalam Akaun 1 perlu ada untuk mengekalkan status sebagai Ahli KWSP. Jadi, boleh lah anda terus mendapat manfaat sebagai ahli KWSP.

"Bagaimana ahli boleh memohon i-Sinar?"

Anda boleh memohon mulai Disember 2020. Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak KWSP nanti.

"Mengapakah amaun bayaran i-Sinar yang menggunakan Akaun 1 perlu diganti semula?"

Simpanan Akaun 1 adalah untuk persaraan supaya bila bersara nanti ada simpanan yang cukup. Jadi kena lah ganti balik. Bila dan kerja nanti, semua caruman terus ke Akaun 1 sampai semuanya cukup diganti. Selepas itu, caruman akan kembali seperti biasa.


Semoga pencerahan ini dapat membantu menghilangkan tanda tanya anda. Sekiranya terdapat masalah atau ingin menujukan soalan, anda boleh terus ke kaunter KWSP berdekatan atau hantar borang pertanyaan melalui kwsp.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan