Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam Kini Dibuka. Semak Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Bank Islam Malaysia Berhad bersedia menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang Ditambah Baik (ETRA) daripada peminjam dari golongan yang terjejas terus akibat pandemik COVID-19 mulai hari ini.
Lanjutan Moratorium Bersasar ini bakal memberi manfaat kepada peminjam dari golongan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000. Golongan M40 juga boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut permohonan lanjutan moratorium Bank Islam.
GOLONGAN YANG LAYAK
- B40 (penerima BSH/BPR)
- M40 (Berdafrar dengan BPN)
- Perusaan Mikro (sebagaimana takrifan SME Corporation Malaysia untuk kemidahan dengan amaun diluluskan sehingga RM150,000)
KELAYAKAN PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM
- Pelanggan Bank Islam yang mengalami masalah atau kekangan kewangan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa adalah layak memohon.
- Semua jenis pembiayaan individu
- Pelanggan yang tidak dikategorikan sebagai BANKRUP
- Akaun pembiayaan pelanggan tidak dikategorikan sebagai akaun penjadualan semula di bawah program AKPK
DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN
- Borang Penjadualan / Penstrukturan Semula yang telah lengkap diisi dan ditandangani oleh Pelanggan
Bekerja Makan Gaji
- Penyata gaji pelanggan untuk 3 bulan terkini (suami / isteri jika berkaitan) (e-slip gaji beserta logo syarkat boleh diterima), atau
- Surat pengesahan daripada Sumber Manusia / Majikan atau
- Penyata KWSP (e-penyata KWSP boleh diterima) atau
- Borang EA yang terkini atau
- Borang BE yang terkini
Bekerja Sendiri Tetapi Tiada Dokumen Sokongan
- Surat Akuan bersumpah yang menyatakan pelanggan bekerja sendiri.
CARA MEMOHON LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM
- Dapatkan borang permohonan di www.bankislam.com/covid-19
- Lengkapkan e-borang atau imbas kod yang tertera bagi pemohon kategori individu
- Bagi pemohon PKS pula, anda perlu kunjungi cawangan Bank Islam terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Pelanggan terlebih dahulu.
Catat Ulasan
0 Ulasan