Lebih Ramai Bakal Nikmati Pengeluaran Akaun Satu KWSP - Mingguan Jawatan

Breaking

Sabtu, 14 November 2020

Lebih Ramai Bakal Nikmati Pengeluaran Akaun Satu KWSP


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Kewangan (MOF) tidak menolak kemungkinan jumlah rakyat yang akan menikmati pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melebihi daripada jumlah sasaran sebelum ini iaitu 600,000 orang.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan untuk memperluaskan pengeluaran daripada sasaran awal itu dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan rakyat.

"Jadi sekarang kita tunggu dalam beberapa hari lagi. Insya-ALLAH saya dengan pihak KWSP akan dapat mengumumkan. Insya-ALLAH kita boleh luaskan kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

"Kita juga akan memberi penjelasan secara terperinci kenapa kita buat demikian," katanya pada temu bual khas di Wisma Bernama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, secara dasarnya kerajaan amat berat untuk membuat keputusan tersebut kerana bimbang dengan simpanan masa depan rakyat.

Bagaimanapun katanya, kerajaan dalam masa sama tetap mendengar keresahan rakyat mengenai kebenaran pencarum mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP dengan cara bersasar seperti yang diumumkan beliau dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.

"Kita masih lagi berunding (dengan KWSP) dan saya masih mendengar ada keluhan, keresahan dan rayuan daripada rakyat mengenai pengeluaran akaun satu ini. Jadi saya masih lagi dalam proses perbincangan dengan KWSP untuk bagaimana memperluaskan.

"Setakat ini sasarannya masa saya berucap itu (bentang Belanjawan 2021) lebih kurang 600,000 yang akan dapat keluarkan wang mereka daripada akaun satu (iaitu) sebanyak 500 sebulan selama 12 bulan.

"Jadi jumlahnya RM6,000 yang mereka boleh keluarkan, campur lagi dengan akaun dua itu RM12,000," katanya.

Justeru beliau berkata, perkembangan pengeluaran akaun satu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Sumber : Sinar Harian

3 ulasan:

  1. Harap 2 blh lah Ada pengeluaran Tanpa syarat seperti yg do janji kan

    BalasPadam
  2. kalau mansuhkan semua syarat2 tu...gaji kami bukan nya besar sangat pun...igat kami semua bekarja gaji besar macam kamu orang tiap bulan..nak bayar sewa kereta rumah bil2 dan lain dah abis..belum lagi nak beli barang makan..apa lah guna syarat bodoh macam tu..saya gaji 1000..mana cukup..sudah kena potongan epf..sacco..tinggal brpa je lgi..mana cukup nak makan..bayar itu ini dah abis..rata-rata yang makan gaji 3k semua lulus i-isanar..pikir lah wahai menteri2 sekalian..jagan lah tambah kan lagi baban rakyat yang igin kan duit mereka tu..itu bukan duit kerajaan..bukan duit kerajan negari..bukan duit kamu orang nak sulitkan rakyat nak minta duit mereka balit..itu duit rakyat..kamu menteri tak ada hak nak ambil duit rakyat...balik kan duit rakyat yang memarlukan sekarang..harap maklum

    BalasPadam
  3. Saya sorang ibu tunggal anak 3org semuanya bersekolah n belajar online d rumah sak....semuanya nak guna duit tuk beli data...skg saya tidak berkerja flm keadaan covid 19 lagi...macam mana saya nak terus kan kehidupan...saya buat jualan kecil² tpi skg tidak bule oleh kerana pkp...saya harap boleh saya keluar kan acc 1 kesp tuk sarah kehidupan kmi anak beranak...nak bayar rumah sewa bayar air n bayar lampu...tuk makanan anak² n belajar f online....saya berharap sangat² saya terjejas skg nie

    BalasPadam