Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

 

KADAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 

Sudakah anda tahu bahawa bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali dengan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) kini digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)? Pertukaran ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu.

Berikut dengan perubahan tersebut, kadar bantuan kepada rakyat juga berubah mengikut kategori dan pendapatan setiap individu.


Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kadar bantuan baharu kerajaan di bawah BPR.

KADAR BANTUAN BAHARU BPR

Individu Bujang

Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 Tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 Tahun. Individu bujan berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.


Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2500

Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:
  • 1 orang anak: RM1200
  • 2 orang anak atau lebih: RM1800

Isi Rumah Pendapatan RM2501 - RM4000

Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:
  • 1 orang anak: RM800
  • 2 orang anak atau lebih: RM1200

Isi Rumah Pendapatan RM4001 - RM5000

Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:
  • 1 orang anak: RM500
  • 2 orang anak atau lebih: RM750

CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Untuk makluman anda, kaedah permohonan BPR masih belum dinyatakan oleh pihak LHDN kerana permohonan mungkin akan dibuka pada tahun 2021.

Walaubagaimanapun, info permohonaan BPR akan dikemaskini apabila maklumat terbaru diterima.

Catat Ulasan

0 Ulasan