i-Sinar KWSP: Semak Permohonan & Kadar Pengeluaran Akaun 1 KWSP

 

i-Sinar KWSP: Semak Permohonan & Kadar Pengeluaran Akaun 1 KWSP


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.

KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 2 juta ahli yang layak melibatkan jumlah sebanyak RM14 bilion.

Untuk makluman, dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November yang lalu, beliau menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberikan manfaat kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Dengan pengumuman terbaharu daripada KWSP ini, lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dan permohonan tersebut akan dibuka mulai Disember 2020.

Kemudahan i-Sinar ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula daripada tarikh pertama pengkreditan.

Kategori Individu Layak Memohon

KWSP memaklumkan terdapat tiga kategori pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar iaitu:

  1. Individu yang kehilangan pekerjaan.
  2. Individu yang diberi cuti tanpa gaji.
  3. Individu yang tiada pekerjaan.

Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP

Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM9,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kategori pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM4,000.

Untuk kategori kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Contoh Situasi iSinar

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, sila rujuk jadual dibawah mengenai contoh berikut:

  1. Kategori: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM4,500Sehingga RM4,000RM4,400
RM10,000Sehingga RM4,000RM9,000
RM70,000Sehingga RM4,000RM9,000

2. Kategori: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 ke atas

Baki Akaun 1Pendahuluan Bulan PertamaMaksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM100,000Sehingga RM10,000RM10,000
RM500,000Sehingga RM10,000RM50,000
RM800,000Sehingga RM10,000RM60,000

Penggatian Semula Menerusi Caruman

KWSP turut memaklumkan, ahli yang mendapat kemudahan i-Sinar perlu menggantikan semula jumlah tersebut menerusi caruman selepas mereka mendapat semula pekerjaan atau gaji mereka sudah dibayar.

Ini bermakna, caruman baharu untuk ahli yang terlibat akan terus dimasukkan ke dalam Akaun 1 100%.

Selepas semua penggantian terbabit diselesaikan, caruman akan kembali ke kadar kaedah asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Catat Ulasan

6 Ulasan