Bantuan JKM Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM1000 Sebulan - Semak Cara Membuat Permohonan!

Bantuan JKM Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM1000 Sebulan Bagi Golongan B40 - Semak Cara Untuk Memohon!

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengusulkan untuk menaikkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1000 sebulan.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau akan membawa cadangan tersebut kepada mesyuarat jemaah menteri pada minggu hadapan sebagai langkah membantu golongan itu termasuk B40

Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda boleh mohon buat masa ini:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

CARA MEMOHON BANTUAN JKM

Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak Yang Tidak Bersama
3. Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak / Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama 
4. Salinan Penyata Gaji (Jika Ada)
5. Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:



1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) [ Download ]
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 [ Download ]

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Adakah kita kena apply semula bantuan kebajikan rm1000 kalau kita dapat bantuan kebajikan rm350 Sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya,amat penting bagi says pafa masa kini ,,, bantuan jikalau lulus amat terima kasih. Kepada yg amat berhormat PM kita.

      Padam
  2. Bila call tanya pasal bantuan kenaikan cakap kawasan Selangor tak layak laa padahal anak2 sakit isteri sakit ...tak faham laaa sekarang kerajaan ..betul2 pusingkan otak rakyat

    BalasPadam
  3. kita yang merana. gara2 hutang pun makin hari rasa besar beban yg tak terpikul... kenapa mereka tidak beri bantuan untuk semua rakyat?? bukan kah semua kita perlukan bantuan . bukan semua gaji besar dapat selesai kan masalah .. bayar rmh , blanja rmh , bayar kereta . lebih lagi anak2 belajar bukan nya belajar secara free . kadang rasa tak di guna lansung di mata menteri . air mata jatuh bila org lain dapat sedang kan kita merasa beban yg sangat ... sekurang nya dapat bantuan 300 pun tak apa. jujur bukan semua gaji besar tu dapat sara hidup...

    BalasPadam