Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semak Baki & Pengeluaran Akaun 1



CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP ONLINE UNTUK SEMAK BAKI & PENGELUARAN AKAUN 1

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara pendaftaran :

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR I-AKAUN KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
  1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
  2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE

Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  3. Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  4. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  5. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
  6. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadir mana-mana Pejabat KWSP.

Catat Ulasan

0 Ulasan