Semakan Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 Sabah RM300


Semakan Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 Sabah RM300

Rakyat Sabah kini boleh menyemak status mereka bagi pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri tersebut.

Pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini adalah bantuan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 yang lalu yang mana penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar seperti mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal, dan OKU.

Walau bagaimanapun, bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.

Oleh kerana itu, para pemohon perlu menyemak semula status mereka sama ada mereka layak untuk menerima Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 atau sebaliknya.

Bantuan COVID-19 Sabah

Bantuan Prihatin COVID-19 adalah sebahagian daripada Bantuan COVID-19 Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM160 juta.

Selain Bantuan Tunai Prihatin COVID-19, kerajaan negeri turut mengagihkan Bantuan Bakul Makanan berjumlah RM34.86 juta melibatkan 169,345 penerima.

Disamping itu, Kerajaan Negeri Sabah juga memberikan bantuan lain seperti pengecualian sewa gerai penjaja dan pengecualian sewa Projek Perumahan Rakyat bermula tiga bulan bermula bulan Oktober hingga Disember.
Semakan Bantuan Tunai Prihatin

Semakan bagi Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut.
  1. Layari https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/.
  2. Isi no kad pengenalan anda.
  3. Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Status bantuan dipaparkan.


Status Keputusan

Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.

Contoh paparan bagi penerima yang layak adalah seperti di bawah:
  1. Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin); atau
  2. Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
Namun, pemohon yang tidak layak akan menerima paparan berikut:
  • Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah MAFI; atau
  • Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
  • Permohonan tidak lulus (JHEWA).
  • Tiada rekod permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Saya yang perna dapat tukar km saja tiada sudah dapat apa2 success apa nya 1 sen pun tiada masuk

    BalasPadam
  2. Sangat2 mengecewakan disebabkan gagal lampirkan Surat cerai kemaskini terbaru status tidak diluluskan,sudahlah bukti anak punya nombor mykid/mykad ada di isi melalui portal permohonan mybpr itu pun masih tiada budibicara kelulusan,teruk sangatlah lhdn n kerajaan skrg..

    Tiada timbang rasa..

    BalasPadam