Permohonan Bantuan Pakej Pelan Data & Peranti Pelajar IPT B40

 

Permohonan Bantuan Pakej Pelan Data & Peranti Pelajar IPT B40

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 30 Oktober 2020 mengumumkan akan memberikan bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara khususnya kepada pelajar dalam kategori B40.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, bantuan ini diberikan bagi memberikan kemudahan para pelajar yang sedang menyambung pengajian mereka khususnya akses kepada Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian.

Sejak wabak COVID-19 mula melanda negara, ia bukan sahaja telah menjejaskan ekonomi negara bahkan sektor pendidikan apabila PdP terpaksa dilakukan secara atas talian.

Oleh itu, bantuan ini akan meringankan beban kewangan pelajar khususnya daripada keluarga B40 dan pelajar yang berada di kawasan liputan internet yang kurang memuaskan.

Bantuan Pelan Data B40

Bantuan Pelan Data diberikan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh para pelajar khususnya untuk melanggan pelan data untuk mendapatkan capaian internet.

Untuk Bantuan Pelan Data, KPT memperuntukkan sebanyak RM24 juta untuk melaksanakan bantuan ini.

Bantuan ini akan melibatkan:
  • Seramai 320,396 orang pelajar yang berada dalam kategori B40.
  • Sebanyak 225,784 kad sim akan diagihkan kepada pelajar meenerusi kerjasama syarikat telekomunikasi khususnya Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji.
  • Baki seramai 94,612 orang pelajar akan menerima pemberian tunai untuk pembelian pelan data.

Selain itu, KPT juga mengumumkan bahawa Pakej Pelan Data Istimewa akan ditawarkan kepada para pelajar yang lain.

Syarikat telekomunikasi yang akan menawarkan Pakej Pelan Data Istimewa tersebut ialah:
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Telekom Malaysia

Bantuan Peranti B40

Selain itu, KPT juga memaklumkan bahawa Bantuan Peranti yang merangkumi pemberian komputer riba akan diberikan kepada pelajar B40.

Untuk bantuan ini, sebanyak RM13 juta diperuntukkan bagi membiayai pemberian Bantuan Peranti ini.

Bantuan Peranti tersebut merangkumi:
  • Pemberian sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba kepada para pelajar yang layak.
  • 2,700 pelajar akan menerima bantuan dalam bentuk pemberian tunai bagi pembelian komputer riba.
  • 300 orang pelajar akan menikmati bantuan pinjaman kewangan bagi memiliki komputer riba pada harga istimewa.

Pakej peranti yang akan ditawarkan ialah daripada:
  • Acer
  • Samsung

Bantuan-Bantuan Lain

Selan Bantuan Pelan Data dan Peranti, KPT turut mengumumkan satu lagi bantuan tambahan iaitu Bantuan Tunai RM50 kepada semua pelajar baharu sesi 2020/2021.

Bantuan ini diharap mampu meringankan sedikit beban kepada para pelajar khususnya kepada pelajar baharu yang mendaftar sebagai pelajar IPT untuk sesi kali ini.

Pemberian Bantuan Tunai RM50 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta yang akan memberikan manfaat kepada 76,153 orang pelajar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/

Selain itu, setiap IPT mengeluarkan makluman lanjut bagi pemberian bantuan ini untuk para pelajar yang terlibat.

Catat Ulasan

1 Ulasan