Belanjawan 2021 : Seramai 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Secara Percuma - Sumbangan GLIC & GLC - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 9 November 2020

Belanjawan 2021 : Seramai 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Secara Percuma - Sumbangan GLIC & GLC

 

Melalui pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada pelajar sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan. Pemberian komputer riba ini bakal memberi manfaat kepada murid yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan komputer riba percuma.

150,000 Murid Bakal Terima Komputer Riba Percuma

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbangkan RM150 Juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid sekolah.

Menurut beliau, projek rintis akan diselia oleh Yayasan Hasanah.


Makluman permohonan dan syarat kelayakan pemberian komputer riba percuma akan menyusul selepas mendapat makluman nanti.

Selain murid sekolah, isi rumah, belia dan bujang juga akan menerima bantuan dalam bentuk seperti eWallet RM50 buat belia, bantuan RM350 buat bujang dan bantuan sehingga RM1800 buat isi rumah. Golongan B40 yang layak juga akan menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon bimbit baharu dan untuk langgan internet.

31 ulasan:

  1. Saya org miskin.anak Saya belajar form 4.saya Tak dapat beli laptop.kerajaan tolong bagi 1 laptop utk anak saya

    BalasPadam
  2. Saya golongan b 40.saya mempunyai lapan orang anak.semuanya masih belajar.anak saya memerlukan laptop .saya tak mampu untuk membeli laptop untuk anak saya kerana terlalu mahal.saya harap pihak tuan dapat membantu anak saya.

    BalasPadam
  3. Saya amat memerlukan untuk anak saya,malangnya nasib tak menyebelahi kami di sekeluarga dikategori m40 sedang kami amat lah susah.kalau tak percaya sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.0139036491.saya amat perlukan bantuan ini.

    BalasPadam
  4. Saya seorg ibu tunggal mempunyai 4 org anak..x mampu nak beli laptop..skrg anak2 bljar online class..sa mohon agar permohonan sa dipertimbangkan.

    BalasPadam
  5. Askm,saya ada anak 3 org semua sekolah pendapatan suami saya tidak menentu kadang-kadang ada kadang kadang tak ada disebab kan cuaca yang tidak menentu.Saya ingin mohon laptop dari pihak tuan supaya anak saya senang mengulangkaji di rumah ,saya nak beli tidak mampu kerana pendapatan suami saya kecil sahaja.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikumm..sy mempunyai 2 orang anak..sorang darjah 2 sorang umur 2 tahun 3 bulan..sy xmampu beli laptop utk anak sy darjah 2 tu..sebab suami hanya kerja kg cukup mkn mnum susu pampers ank bongsu jer..kakak plop kdg kalau sekolah ttp guna line internet untuk belajar dlm online selalu ponteng sebab line kurang..sy risau dia nk msk darjah 2 langsung xdapat knl warna mengeja..tlg la kami😭

    BalasPadam
  7. Sy memerlukan bantuan laptop kj sekolah ank sy makin bertambah semua nya megunakan laptop suami kj sorang byk lg nk di byr

    BalasPadam
  8. Anak saya memerlukan laptpp untuk mengulang kaji pelajaran nya. Sbb saya tak mampu membeli kpda anak saya. Anak saya 2 org darjah 2 dorang tingkatan 2 sorang

    BalasPadam
  9. Anak anak ketiga dalam keluarga saya. Abang- abang saya kongsi satu laptop dan sya lazimnya terpaksa tunggu untuk membuat kerja online saya lebih lebih lagi say dalam Tinkatan 4 sekarang. Harap permohonan saya dipertimbangkan.
    .

    BalasPadam
  10. Anak sulung saya ni(oku)masallah pembelajaran sekolah (ppki)dekat beserah s.m.k.beserah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh saya mahu lah laptop percuma tu. Sbb saya tak mampu beli laptop

      Padam
  11. Kami tidak memiliki laptop,kami sekeluarga memerlukan laptop percuma tersebut. Harap dapat membantu kepada rakyat yang sangat memerlukan.

    BalasPadam
  12. Sya orang susah saya teringin nak laptop nk siap kerja sekolah

    BalasPadam
  13. Saya win dari Kudat Sabah..saya ada 3 org anak..2 org Tu sekolah..saya amat memerlukan leptop UTK pembelajaran anak saya..saya org susah..suami kerja hanya cukup2 mkn ja.itu pun tdk menentu...ne nombor telepon Sya 0194898422 jika tuan/puan tdk percaya..tuan/puan boleh datang ke rumah saya..saya akan bagi alamat saya jika tuan mahu ke rumah saya..saya persilatan tuan/puan datang ke rumah saya dan tengok keadaan saya..saya amat memerlukan bantuan tuan/puan..

    BalasPadam
  14. saya rosmalah dari sandakan sabah..saya ada 2orang anak sekolah..sya amat memerlukan laptop untuk anak sy..belajar..online..suami sya tak kerja..sya seorang jak kerja,so harap la pihak berkenaan dapat bantu...saya dengan ank²sy yang belajar...onlie..sbb sy tak mampu beli laptop..untuk ank sy belajar.

    BalasPadam
  15. Saya muthamma ulaganathan dari kuang selangor. Saya Ada 4 orang anak yang masih bersekolah. Saya amat mwmerlukan laptop untuk anak2 Saya belajar. Saya adalah suri rumah Dan suami kerja sebagai pengimpal besi.disini sy berharap agar pihak berkenaan dapat membantu anak2 saya dengan mendapatkan laptop untuk pelajaran mereka.sekian terima kasih

    BalasPadam
  16. Saya mempunyai 3 anak yg bersekolah,seorang 11thn,seorang 10thn Dan seorang lagi 6thn.belajar online 1 fon untuk 3 orang sekali memang susah. saya berniaga sndiri pendapatan turun naik jd saya diletak dalam golongan M40.di harap permintaan sy dapat di pertimbangkn.

    BalasPadam
  17. Salam sejahtera, saya ibu kepada 7 orang anak juga surirumah sepenuh masa dan kami keluarga kategori B40 (suami hanya bekerja sendiri) dan tinggal di kawasan pedalaman Sabah. Saya amatlah menghargai jika pihak tuan/puan yang berkenaan, melihat dan memberi respon kepada komen saya ini. Saya juga mohon agar pihak berkenaan dapat mempertimbangkan untuk memberi kami 1 komputer 1 keluarga (bukan setakat untuk pelajar IPT/B40 SAHAJA sebab saya belum mempunyai anak ke IPT/IPTA/IPTS) untuk memudahkan anak-anak saya berPdPr di rumah terutama kepada anak saya pada ketika ini akan menduduki peperiksaan SPM dan PT3 2021.Dan anak-anak saya ini, perlukan sebuah komputer untuk tujuan Google Meet (contohnya) dengan guru mereka. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan yang berkenaan, pada musim PdPr sesi 2021 ini, kemudahan yang mereka gunakan sekarang ini hanyalah dua buah telefon mudah alih sahaja. Apabila sudah selesai kakak/abang (sekolah menengah) membuat tugasan yang diberi, barulah giliran adik ini (sekolah rendah) membuat tugasan yang diberi oleh guru pada sebelah malam. Dengan segala pertimbangan dari pihak tuan/puan yang berkenaan mengenai perkara tersebut, saya akhiri dengan ribuan terima kasih.

    BalasPadam
  18. Sye tidak mampu untuk beli komputer ,skrng kan buat kelas online

    BalasPadam
  19. Sye tidak mampu untuk beli komputer ,skrng kan buat kelas online

    BalasPadam
  20. Slm sejahtera ,sye org susah ,boleh bagi sye laptop sebab sye x mampu nk beli...lagi pun ank sye nk mengulang kaji

    BalasPadam
  21. Saye pun nk mohon laptop untk ank sye sbb kmi pun xmmpu nk bli.sye de 4 ank yg msih kecik2.skunk pkp ot xde hnye hrap basic je.mmng xmmpu la nk bli.sye hrap permohonan sye di pertimbangkn

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.. Saya mohon agar dapat bntuan laptop ini utk kegunaan anak saya utk pmbelajarannya. Kami mmang x mampu utk mmbelinya, saye bharap agar dpt mncapai cita2 nya, agar pmbalajarannya tdk tganggu dan mnyenangkan pmblajarannya.sbb kini bbgai risiko utk mreka mnruskan pmblajaran d skolah..

    BalasPadam
  23. Saya perlukan liptop UTK kemudahan anak belajar di rumah,saya mohon agar kerajaan dapat membantu saya

    BalasPadam
  24. Saya perlukan laptop untk pembelajaran ank2 dirumah. Saya seorang oku tk berkemnampuan untuk membeli .ank2 belajar 3 orang..saya sgt berharap kerajaan dpt la membantu .

    BalasPadam
  25. Saya perlukan laptop untuk pembelajaran anak sekolah saya x mampu nk beli kerana gaji berkurangan dan saya kerja seorang ja

    BalasPadam
  26. Saya juga salah seorang golongan B40.anak saya memerlukan lettop untuk meneruskan pembelajarannya.saya juga mempunyai 3 orang anak dan dijaga seorang bapa tunggal.

    Sekian dari bapa kepada 3 orang anak tersebut.

    BalasPadam
  27. Saya amat memerlukan bantuan laptop sebap tk mampu beli laptop untuk anak saya. saya ibu tunggal dan b40 amat memerlukan bantuan laptop

    BalasPadam
  28. Nak laptop until anak saye

    BalasPadam
  29. Saya antara keluarga dari golongan B40. Mohon diberi juga laptop buat anak saya 3 orang.terima kasih

    BalasPadam