ISU SEMASA
Awas! Jangan Tertipu Sindiket Pengeluaran KWSP - Berikut Merupakan Aplikasi Palsu KWSP

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.
Antara Applikasi Palsu KWSP
1. MyFund
2. i-Sinar ONLINE

3. i-Sinar Online

4. i-Sinar Online

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.
Sindiket penipuan secara agresif menggunakan media sosial bagi memperdaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya membuat pengeluaran simpanan lebih awal daripada kelayakan mereka.
Sindiket ini menyasarkan pencarum yang terdesak untuk mendapatkan wang tunai dengan segera dan sebagai pulangan meminta komisyen antara 30 sehingga 60 peratus dari jumlah pengeluaran mereka.
Malah mereka secara terang-terangan menggunakan logo KWSP di akaun media sosial mereka bagi meyakinkan mangsa.
"Ramai yang terdesak memerlukan wang. Bagi mereka yang mempunyai simpanan KWSP melebihi RM150,000, sila emel butiran peribadi anda kepada keluarankwsp@gmail.com.
"Kebebasan kewangan di tangan anda. Buat permohonan dengan kami dan permohonan anda dijamin lulus seratus peratus," menerusi satu iklan yang dimuat naik di Facebook.
Promosi seumpama itu banyak dikesan KWSP sejak kebelakangan ini.
Sindiket tersebut mendakwa ia boleh menyediakan sijil yang diperlukan antara lain untuk perumahan, pendidikan, ketidakupayaan dan kesihatan, bagi membantu pengeluaran simpanan dari KWSP sebelum mencapai kelayakan.
Dipercayai sindiket itu bersubahat dengan beberapa kolej swasta dan pengamal perubatan bagi memalsukan dokumen berkaitan.
Malah sindiket berkenaan juga memaparkan beberapa testimoni palsu di laman sosial mereka bagi menunjukkan bahawa terdapat pencarum menerima bayaran bulanan daripada dana mereka.
Ia juga merekrut ejen secara terbuka di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, dengan menawarkan komisyen tinggi sekiranya berjaya mendapatkan pelanggan.
Bagaimanapun, penipuan itu tidak dapat menangani perlindungan keselamatan yang dilaksanakan KWSP.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, pihaknya mempunyai sistem yang komprehensif bagi memeriksa dan mengesan cubaan penipuan pengeluaran.
"Kita mahu memberi amaran kepada sindiket-sindiket ini bahawa kita mengesan penipuan mereka.
"Kita berharap pencarum tidak terpedaya menjadi mangsa tipu helah mereka.
"Ini adalah wang hasil titik peluh anda untuk jaminan persaraan, jadi mengapa anda perlu serahkannya kepada sindiket?," katanya kepada The Star dalam satu temuramah baru-baru ini.
Beliau berkata, KWSP mempunyai jawatankuasa dalaman untuk memantau kes berkenaan secara dalam talian.
"Kita memantau kesemua mereka dan jika kita mengesyaki sesuatu, kita segera membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan," kata Mohd Naim.
Beliau menambah, pencarum yang layak perlu berhubung terus dengan KWSP kerana tiada sebarang caj dikenakan terhadap pengeluaran mereka.
Pada 2015, KWSP merekodkan 85 kes cubaan penipuan pengeluaran, diikuti 152 kes tahun lalu dan 63 kes setakat Jun tahun ini.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000
Catat Ulasan
1 Ulasan
Akuan 1 borang mcm mn dpt online buat
BalasPadam