3 Syarat Kelayakan Bagi Pengeluaran RM4,000 Hingga RM60,000 Akaun 1 KWSP


15 November 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi pengumuman berkenaan tentang kebenaran bagi ahli KWSP mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka. Berita yang sedang "viral" ini mula disambut dengan baik oleh warganet Malaysia yang sekian lama mengharapkan agar pengeluaran Akaun 1 KWSP ini dibenarkan.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah antara RM4,000 sehingga RM60,000 berdasarkan jumlah simpanan semasa pemegang akaun, juga bersandarkan kepada kadar pengeluaran yang ditetapkan oleh KWSP.

Tetapi, dikhabarkan hanya 2 juta pemegang akaun sahaja yang layak untuk menerima manfaat ini dengan jumlah anggaran RM14 bilion. Hal ini kerana terdapat beberapa syarat penting dan khusus bagi pemegang Akaun 1 KWSP ini dapat mengeluarkan simpanan mereka.

Mingguan Jawatan akan memberi pengongsian secara terperinci syarat-syarat utama yang perlu ada pada pemegang akaun bagi kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP ini.

3 SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

1) Pencarum KWSP yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan

2) Pencarum KWSP yang diberikan cuti tanpa gaji

3) Pencarum KWSP yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19

KADAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Dalamkenyataan semalam berkata, KWSP pengeluaran yang dibenarkan adalah pada kadar 10 peratus daripada jumlah simpanan Akaun 1 ahli.

SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 LEBIH RM90,000

Kepada ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang dibenarkan adalah pada kadar 10 peratus daripada nilai simpanan semasa, dengan jumlah maksimum dibenarkan sehingga RM60,000.

SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 DIBAWAH RM90,000

Kepada ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa dibawah RM90,000 pula, jumlah maksimum pengeluaran yang dibenarkan dari Akaun 1 adalah sehingga RM9,000.

Sila rujuk maklumat yang disediakan oleh KWSP dibawah:

JUMLAH PENGELUARAN PERLU BAYAR SEMULA

KWSP akan memberikan laluan terlebih dahulu kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

Difahamkan caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula dan selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Catat Ulasan

0 Ulasan