Permohonan Baharu BPN 2.0 Online Kini Sudah Dibuka - Mohon Sekarang!

 

Permohonan BPN 2.0 Online - Download Borang Permohonan Baharu


Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka kepada semua yang layak bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan BPN baharu ini, anda boleh membuat permohonan melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara manual dengan menghantar borang ke mana-mana cawangan LHDNM.

Siapa Layak Memohon BPN 2.0?

Berikut antara kategori mereka yang layak memohon:

Kategori B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang 

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Dokumen Diperlukan

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Pembayaran Permohonan Baharu BPN 2.0

Bagi anda yang layak menerima BPN 2.0 melalui permohonan baharu ini, pembayaran akan dibuat sekali gus pada bulan Januari 2021.

Berbeza dengan penerima BPN sedia ada di mana mereka akan menerima pembayaran bermula penghujung bulan ini dan bulan Januari 2021 nanti.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:


Semak Status Kelulusan

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Anda perlu log masuk ke dalam sistem tersebut untuk menyemak status kelulusan.

Sekiranya terlupa kata laluan, sila ikut panduan di bawah

Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Kemaskini Permohonan

Untuk makluman, tiada sebarang kemaskini diperlukan termasuklah akaun bank.

Sekiranya akaun anda sudah “dormant”, anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Download Borang Permohonan

Bagi anda yang ingin memohon secara manual, anda boleh download dan isi borang permohonan BPN 2.0 di bawah



Catat Ulasan

2 Ulasan