ISU SEMASA
BPN 2.0 : Jumlah Dan Kaedah Pembayaran Yang Dilaksanakan Kepada Pemohon
BPN 2.0 - Kaedah Pembayaran Yang Dilaksanakan Kepada Pemohon
Semua rakyat Malaysia yang mendengar perkhabaran daripada perutusan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu tema KITA PRIHATIN menyambut baik amanat yang disampaikan oleh beliau kerana pihak kerajaan bakal memberikan bantuan iaitu BPN 2.0 kepada rakyat Malaysia yang layak.
Berapakah Jumlah Bayaran BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0?
Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan di bawah BPN 2.0 :
- RM1,000 : Isi Rumah B40
- RM500 : B40 Bujan
- RM600 : Isi Rumah M40
- RM300 : M40 Bujang
Tarikh Permohonan Baharu BPN 2.0
Berikut adalah tarikh permohonan baharu untuk BPN 2.0 :
- 15 Oktober 2020
Kaedah Pembayaran Yang Dilaksanakan Kepada Pemohon
Pasti ada permohon yang tertanya-tanya bagaimanakah kaedah bayaran BPN2.0 kali ini dilaksanakan, bukan?
Berikut adalah cara atau kaedah yang digunakan untuk membuat pembayaran BPN 2.0 kepada anda :
- Ada akaun bank dan berjaya kredit : Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN.
- Ada akaun bank dan gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup : Tuntutan tunai di Cawangan BSN
- Tiada akaun bank : Tuntutan tunai di Cawangan BSN
Bagi mereka yang ingin membuat kemaskini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif, adalah tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2.0 sebelum ini dan rujuk nota di atas.
Sekiranya Bayaran Dibuat Ke Akaun Bank Yang Tidak Aktif Atau Salah, Apakah Yang Perlu Saya Lakukan?
Untuk pengetahuan anda, tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat di portal rasmi BPN iaitu :
Penerima BPN 2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.
Catat Ulasan
0 Ulasan