Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40

 

Kempen "LAPTOP4SISWA"

Memahami penularan COVID-19 yang semakin meningkat naik dan terdapat golongan pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing iaitu Y.B Tuan Rajiv a/l Rishyakaran dengan kerjsama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen Laptop4Siswa.

Seiring dengan keputusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada Oktober 2020.

Namun, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :
  1. Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
  2. Memiliki kad identiti / kad pengenalan yang sah.
  3. Memiliki surat tawaran belajar di universiti.
  4. WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa.
  5. Pelajar dari keluarga B40.
  6. Tidak berkemampuan membeli komputer riba / tiada komputer riba.
  7. Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian.

Cara-Cara Membuat Permohonan

Pendaftaran bagi pelajar yang ingin memohon Laptop4Siswa, permohonan dibuka sehingga 21 Oktober 2020.

Permohonan juga boleh dibuat melalui : Permohonan Laptop4Siswa 

atau Follow @standupmy di Instagram atau find #Laptop4Siswa di Twitter.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia di talian 014-669 1320 atau emel standup.genderviolence@gmail.com

Anda juga boleh hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel kepada help@bukitgasing.my.

Catat Ulasan

0 Ulasan