Cara-Cara Membuat Permohonan Program Rumah Rakyat (PPR) Dimiliki Bagi Tahun 2021 - Telah Dibuka



Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki - Permohonan Dibuka Sekarang

Tahukah anda? Kepada setiap keluarga yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan, anda boleh memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik bukan?

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara. Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.


CIRI-CIRI PPR DIMILIKI

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

SYARAT PPR DIMILIKI

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

CARA UNTUK MEMOHON PPR DIMILIKI

Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik pautan dibawah.


Pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.


MENGGUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN

  1. Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.



Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda.

PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU

  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DIMILIKI.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
  3. Semoga info ini bermanfaat kepada Warga yang berminat dengan Skim Perumah Rakyat ini. Sila share maklumat ini ke rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Catat Ulasan

0 Ulasan