Perkhidmatan Mobile Ehsan Bagi Warga Emas, Orang Kelainan Upaya Dan Pesakit Telantar / Kronik ~ Jabatan Pendaftaran Negara



Perkhidmatan Mobile Ehsan Bagi Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) & Pesakit Terlantar / Kronik - Jabatan Pendaftaran Negara

Bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia yang ingin berurusan mendapatkan MyKad serta urusan berkaitan, pihak JPN menerusi perkhidmatan Mobile Ehsan menguruskan urusan pengenalan diri diseluruh negara membabitkan pesakit yang terlantar (kronik), warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Langkah itu sebagai satu usaha prihatin dan komited Jabatan Pendaftaran Negara dalam memastikan mereka yang tidak berkeupayaan mendapatkan dokumen pengenalan diri tanpa perlu hadir ke kaunter JPN seperti amalan biasa.

Tujuan Utama Mobile Ehsan JPN (MEKAR)

Program MEKAR adalah satu inisiatif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam menyantuni rakyat agar kemudahan perkhidmatan dapat dinikmati rakyat terutama penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar.


Cara Mendapatkan Perkhidmatan Mobile Ehsan JPN (MEKAR)

Untuk mendapatkan perkidmatan Mobile Ehsan JPN (MEKAR) ini, anda perlu :
  • Hubungi Bahagian Khas JPN terlebih dahulu.
  • Buat temujanji dengan menetapkan tarikh dan masa.
  • Pegawai JPN akan kunjungi anda untuk memproses permohonan anda.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut & ingin membuat temu janji. Sila Hubungi :
  • Telefon : 03-88808014 / 03-88807077
  • Emel : mekar@jpn.gov.my / pro@jpn.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan