Pakej Istimewa Cuti Cuti Malaysia Diberikan Kepada Penjawat Awam Serta Pelepasan Cukai Penempatan Sehingga RM1,000



Pakej Istimewa Cuti Cuti Malaysia Diberikan Kepada Penjawat Awam Serta Pelepasan Cukai Pendapatan Sehingga RM1,000

Bagi menghargai segala usaha dan perkhidmatan penjawat awam di seluruh Malaysia, pihak CUEPACS dan Tourism Malaysia telah melancarkan satu pakej istimewa Cuti-cuti Malaysia dengan memberikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik ekslusif buat penjawat awam dan keluarga.

Untuk pengetahuan anda juga, pakej ini bekerjasama dengan 11 agensi pelancongan yang mempromosikan pakej percutian yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bitang dengan tawaran pakej serendah RM120 seorang.

Tawaran Nilai Tambahan Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam

Para penjawat awam juga turut ditawarkan nilai tambahan seperti :
  • 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma.
  • Penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus.
  • Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.

Pelepasan Cukai Individu RM1,000

Keistimewaan bagi anda yang mengambil peluang ini dengan memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan adalah :
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.

Cara Mendapatkan Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Penjawat Awam

Anda boleh mendapatkan pakej yang ditawarkan ini dengan menggunakan pas pekerja awam di agensi yang terpilih dan secara online di pautan berikut atau dengan scan QR Code seperti gambar di bawah :

➤ www.malaysia.travel
➤ 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti-Cuti Malaysia ini, anda boleh hubungi pegawai bertugas seperti berikut :
  • Unit Media
    Muadz Samat
    Penolong Pengarah, Bahagian
    Komunikasi Korporat
    Emel : muadz@tourism.gov.my
    Tel : +603 8891 8755
  • Bahagian Domestik & Acara
    Mohd Roslan Abdul Rahim
    Emel : mohdroslan@tourism.gov.my
    Tel : +603 8891 8405
  • Tourism Malaysia Wilayah Tengah
    Mohd Izal Bin Mahd Nor
    Pengarah, Tourism Malaysia Wilayah
    Tengah
    Emel : mohdizal@tourism.gov.my
    Tel : +603 2161 0166


Catat Ulasan

0 Ulasan