ISU SEMASA
Semak Cara Menghantar Resume Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan Di Elew's Mart

Jawatan Kosong Elew Mart Di 10 Buah Cawangan Seluruh Malaysia - Jangan Ketinggalan Dan Mohon Sekarang!
Elew's Mart kini menyediakan kepelbagaian kekosongan jawatan yang menanti anda untuk diisi khususnya bagi pembukaan 10 cawangan di Elew's Mart oleh Usahawan berjaya Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, Ustaz Ebit Lew.
Tujuan Pembukaan Cawangan Elew's Mart
Tujuan pembukaan 10 cawangan Elew's Mart ini adalah bagi memberi pertolongan ataupun membantu kepada sesiapa sahaja khasnya yang mempunyai ekonomi yang sederhana dan susah dari segi kewangan. Dengan cara ini, Ustaz Ebit Lew percaya bahawa, dengan pembukaan "pasaraya bajet" ini dapat memberikan semua orang mengimbangi semula ekonomi hidup mereka yang memerlukan.

Cawangan Elew's Mart
Berikut merupakan cawangan Elew's Mart yang bakal dibuka di sekitar kawasan Lembah Klang :
- Kajang
- Subang Perdana
- Prima Sri Gombak
- Shah Alam
- Damansara
- Balakong Cheras
- Gombak Traders
- Cyberjaya
- Bandar Baru Bangi
- Sungai Buloh
Antara jawatan kosong yang dibuka di Elew's Mart adalah seperti berikut:
- HR Officer
- HR Executive
Lokasi kekosongan jawatan ini adalah di bertempat di Bandar Baru Bangi. Jikalau anda mempunyai kelayakan ataupun pengalaman, anda boleh menghantar emel secara terus ke emel hrelewsmart@gmail.com dengan subject email nama jawatan yang di pohon.
Kakitangan Elew's Mart akan memberikan penelitian terhadap resume anda dan perlu untuk disenarai pendekkan bagi menghadiri temuduga bersama Team HR.
Cara Membuat Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk mengisi jawatan kosong di Elew's Mart ini, anda boleh menghantar resume secara terus ke email berikut :
- hrelewsmart@gmail.com
Catat Ulasan
0 Ulasan