Golongan B40 - Bantuan Kerajaan Untuk Anda Beli Rumah Pertama





Bantuan Beli Rumah Dari Kerajaan Untuk Membantu Anda Beli Rumah Pertama - Golongan B40

Adakah anda berada dalam golongan B40 dan ingin memiliki rumah pertama anda? Anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa bantuan dari kerajaan untuk membantu anda untuk membeli rumah pertama anda.

Bantuan Kerajaan Membantu Pembelian Rumah Pertama

Berikut adalah 4 bantuan kerajaan buat golongan B40 untuk membeli rumah pertama anda :

1. Hartanah Bawah RM150,000 : Diskaun 10%

Ini bertepatan dengan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau "Home Ownership Campaign (HOC) 2019".

Diskaun ini hanya untuk perjanjian SPA yang telah ditandatangani dalam tempoh tersebut.

Diskaun 10% ini hanya untuk pemaju yang berdaftar dengan REHDA (Semenanjung Malaysia), SHAREDA (Sabah) atau SHEDA (Sarawak).

2. Pengecualian Duti Setem Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

Berdasarkan belanjawan 2019, terdapat fokus bantuan perumahan kepada golongan B40 iaitu :
  • Pengecualian Duti Setem bagi sesiapa yang membeli rumah berharga bawah RM300,000
Kos biasa tanpa pengecualian duti setem :
  • 1% untuk RM100,000 yang pertama 
  • 2% untuk RM100,000 ke RM500,000 yang seterusnya
  • 3% untuk RM500,000 ke RM1 juta yang seterusnya
Nota : RM5000 akan digunakan untuk duti setem sekiranya melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Pengecualian ini sangat membantu golongan B40 untuk membeli rumah pertama mereka dan pengecualian duti setem ini hanya untuk perjanjian SPA yang ditandatangani sebelum 30 Jun 2019 dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

3. Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang

Rumah mikro RM100 dikhaskan untuk :
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan B40 bujang
  • Bergaji rendah kurang RM2000
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun.
Rumah mikro ini direka dengan konsep komunal yang mempunyai tempat-tempat solat, dobi, bilik air, pantri dan tempat letak motorsikal / basikal untuk penghuni kongsi bersama.

Untuk permohonan rumah mikro ini, anda boleh terus klik di sini : Rumah Mikro

4. RM1 Bilion "Dana Untuk Rumah Mampu Milik" Dari Bank Negara

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan Dana Untuk Rumah Mampu Milik, satu cara untuk membantu kumpulan B40 di seluruh negara untuk mampu memiliki rumah.

Anda boleh rujuk maklumat mengenai Dana Rumah Mampu Milik BNM disini.

Keistimewaan dana ini ialah :
  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun.
  • Mendapat sokongan untuk pembayaran deposit.
  • Tempoh bayar balik yang panjang sehingga 40 tahun maksimum.
  • Dapat pendidikan kewangan percuma dari AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit) untuk membantu pembeli rumah bagi memahami perkara yang berkaitan dengan kewangan pembelian rumah.
  • Tidak perlu membayar yuran proses permohonan kewangan.
  • Tidak perlu membayar yuran duti setem.
Kriteria permohonan ialah :
  • Warganegara Malaysia dengan gaji bulanan tidak lebih dari RM2300
  • Tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk dalam masa 12 bulan lepas.
  • Rumah berharga kurang dari RM150,000
Banyak bukan bantuan daripada pihak kerajaan untuk memastikan golongan B40 mampu memiliki rumah pertama anda. Manfaatkan bantuan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Semoga berjaya.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Saya sakit sebab saya pernah terlibat kemalangan tempat belah kat perut saya tak sembuh sebab kerja berat sedangkan saya tak boleh kerja berat saya tak boleh bantuan apa pun dari kerajaan nk mohon pun saya tak pandai rumah pun tak ada harap tumpang ehsan orang saya mohon tolong la bantu saya untuk dapatkan bantuan dari kerajaan yang baik hati sekarang ni dah la dalam suasana covid ni

    BalasPadam
  2. Sy memerlukan rumah sbb sy dh br kali kene keluar rumah sbb bukan kemampuan sy utk menyewa d rumah rumah tersebut . Dgn tanggungan sara hidup yg tinggi sbb mempunyai anak 3 maseh kecil

    BalasPadam