Portal e-Kasih : Cara-Cara Untuk Mendaftar Permohonan Baru & Semakan EKasih Online

 

Portal e-Kasih : Cara-Cara Untuk Mendaftar Permohonan Baru & Semakan EKasih Online

Sistem eKasih

Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.

Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih

Mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Manakala Komponen Data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Data e-Kasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara Malaysia
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk memohon.

4 Punca Pendapatan Utama Adalah Seperti Berikut :

  • Pekerjaan bergaji
  • Bekerja sendiri.
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
  • Pindahan semasa diterima.
Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendaftaran Baru eKasih

Terdapat 2 cara untuk mendaftar iaitu :
  • Rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Carta Proses Pendaftaran


4 Status Daftar eKasih

  • Disahkan : Telah dibanci
  • Disemak : Dalam proses banci
  • Ditolak : Tidak layak dibanci
  • Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru

Semakan eKasih

Setelah anda membuat permohonan dan jika anda ingin membuat semakan anda boleh ke pautan berikut :
Kemudian anda hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan "Klik Untuk Cari"

Maklumat Lanjut 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut 
Semoga perkongsian ini membantu anda berjaya mendaftar dengan betul dan dapat membuat semakan eKasih.


Catat Ulasan

46 Ulasan

  1. Nak daftar macam mana cara die

    BalasPadam
  2. Macamana cara mendaftar ekasih online? Saya dah cuba banyak kali tapi tak boleh.mestikah kita mendaftar dengan cara manual di pejabat daerah?Saya sudah pernah merujuk hal ini ke pejabat Daerah di mana saya tinggal , akan tetapi kena hadir mengikut hari yang di tetapkan.Sekiranya boleh daftar online , lebih mudah.

    BalasPadam
  3. Saya sudah daftar e kasih.tp tidak layak.kenapa?

    BalasPadam
  4. Sy oku dan mempunyai anak 3orang baru berkhawin dikurniakan seorang anak dan suami say a hanya bekerja grabfood. layak kah kami mendaftar

    BalasPadam
  5. sebelum ni ayah saya ada nama dekat e-kasih .. baru ni saya tengok tak ada ... macam mana nak tahu status nya ??? masih layak lagi kah , atau tidak ??

    BalasPadam
  6. Saya suri rumah tgga ingin darta ekasih blh x

    BalasPadam
  7. Boleh tahu caranya untuk mendaftar e-Kasih...
    Terima kasih

    BalasPadam
  8. Salam..nm sy trsenarai dlm e-kasih..dan sy mmg pnerima bntuan blnn baitumal.tp pd thn ni..sy xdpt dah bntuan baitumal tu.sy ign tya,bntuan ap yg layak sy pohon?sb sy xde ap2 bntuan dah thn ni.sy ibu tunggal mpunyai 4org ank yg brusia 10thn,7thn,5thn dan 3thn.ap klykn klu nk mohon jkm ye sb sy ad aply tp xde jwpn lg sdgkn kptsn sebulan..sy dah lbh sebulan..blh bntu sy x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Call JKM daerah dimana daftar.InSyaallah semoga di permudahkan segala urusan.

      Padam
  9. Suami saya seorang petani dan ketua is rumah berpendapatan lebih kurang RM500 sebulan.Dan mempunyai tanggungan 8org ahli is rumah.Layak kah suami saya memohon/daftar e-kasih??

    BalasPadam
  10. Mcm mna saya boleh daftar ekasih??

    BalasPadam
  11. Saya dah daftar e kasih sebanyak 2 kali.. Tapi tak lulus.. Dulu saya tinggal dgn keluarga mertua..bapa mertua saya ada e kasih.. Dia KIR manakala nama suami saya AIR.. Macam mana saya nak buat supaya nama suami saya tak ada dalam AIR bawah tanggungan bapa mertua saya..

    BalasPadam
  12. Sekarang saya tak tinggal dengan kelurga mertua lagi..

    BalasPadam
  13. Sayaa nak mohon bantuan rumah pprt sebab rumah kediaman kami uzur

    BalasPadam
  14. Dri dlu sblom arwah nenek, adik oku minggal. Ibu sya pernah mintak bantuan rumah.smpai skrang tak ade..ibu sye soerg ibu tunggal.ngn patah tgn skrang.Tu pun bntua lain yg dtg. Utk berbrki rumah.

    BalasPadam
  15. Nak daftar tapi tak tahu dimana boleh bagi tahu dimana tempat mendaftar

    BalasPadam
  16. Slmat pgi.sya nk mohon e.kasih

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum cik..ini email ank Sya..sekarang lockdown..susah untuk saya pergi ke mana-mana pn sbb saya masih ank² kecik..selain pergi ke pejabat untuk daftar e-Kasih boleh kah bantu saya untuk daftar e-Kasih secara online cik..saya tak pandai nak daftar secara online..

    BalasPadam
  18. Tolonglah bantu saya..saya pesakit ulser mulut dan pesakit kulit..dah banyak tahun saya tak boleh bekerja cuma berharap kan ank sy seorang yang baru berkeja baru sebulan dan kami tinggal di rumah sewa..saya berpisah dengan suami dari tahun 2013 sampai skrg saya di gantung tak bertali..saya yang mencari nafkah dan perbelanjaan untuk menyara kehidupan saya dan anak-anak saya dari tahun 2013 sampai Tahun 2017..lepas tu penyakit saya makin teruk dan mengharapkan ubat yang saya kena makan setiap hari dan berjumpa pakar setiap bulan.. bantuan pun susah dapat kerana saya tak dapat surat sebagai ibu tunggal kerana tak boleh selesai kes penceraian saya tertangguh atas sebab suami saya seorang penagih dadah yang tak pernah nak ambik kisah dengan kehidupan saya dan anak-anak sampai sekarang.. saya berharap sangat kalau ada sesiapa boleh bantu saya dan anak-anak saya boleh meneruskan kehidupan yang sederhana dan bahagia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat laporn polis bwa sis sdh di tnggl kn bgitu sja di ceraikn.
      Laporn itu prlu boleh mohonn kbjkn bln dpt bntuan dari kbjkn.

      Padam
  19. Sya sdh dftr e-kasih
    Pigi sja bjbt nya mtk dftr

    BalasPadam
  20. Macamna nk daftar e-kasih ni yer..

    BalasPadam
  21. Macam mana nak daftar ekasih..

    BalasPadam
  22. Sy nk daftar ekasih,tapi tak tahu kat mna,blh tolong bantu sya

    BalasPadam
  23. Sy check status ekasih nama ada tapi masih kekal ngn AIR sebab sebelum ni duduk ngn ibu.,tapi sekarang saya dah duduk sendiri bersama suami.,macam mana ye nk buat...info please... tolong saya..

    BalasPadam
  24. Nak borang ekasih..nak daftar online bagaimana ya?

    BalasPadam
  25. Nama ada tersenarai dalam ekasih tapi bantuan mykasih tak dapat pun

    BalasPadam
  26. Sya ingin buat permohonan yg baru mcm mn ya...sbb suami msih d bwh tanggungan ibu sdgkan dia dah beristeri

    BalasPadam
  27. Sya nk mohon e kasih mcm mana nk ambil barang Kat mna

    BalasPadam
  28. Saya ada mohon ekasih bertahun dulu tapi tidak berjaya. Bulan lepas saya daftar online tetapi tiada jawapan sampai sekarang. Sedih.

    BalasPadam