Cara-Cara Membuat Permohonan Bantuan RM1,000 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2020



Senarai Bantuan Dan Kaedah Pembayaran Bantuan - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2020

Bantuan ini akan diberi kepada individu yang telah layak untuk memohon, objektif untuk penilaian ini adalah untuk meringankan beban dan mempermudahkan lagi kelangsungan hidup.


Ini adalah senarai-senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh di mohon buat masa ini.

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200  hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Kepada anda yang sangat memerlukan bantuan ini, anda hendaklah "walk in" secara terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Selepas permohonan berjaya dibuat, borang permohonan tersebut akan dinilai melalui penilaian "means-tested" bagi memberi pengesahan bantuan kepada pemohon. Proses urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang menuruti syarat kepada kelayakan hak dan bukan hak.

Bagi memudahkan lagi urusan, pemohon perlulah membawa dokumen sokongan ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Dokumen Yang Diperlukan 
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami dan isteri , ibu dan bapa atau anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama dirumah
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan
Muat turun dokumen dibawah :

1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - DOWNLOAD

2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - DOWNLOAD

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Belum ada lagik jawapan dari pihak jkm walaupun permohonan berjaya ada saya cuba telphone diberi dail tidak diangakat..tq.

    BalasPadam
  2. Total lockdown.. nak walk in secara terus ke pejabat pun susah..terkadang susah nak minta bantuan yg berkaitan dgn jkm ni.. maunya lengkap document..bila lagi nak dapat isi lengkap kalau ddk tu dekat kampung xda line internet then susah payah datang bandar nak isi bantuan jkm apa semua dgn penuh harapan.. tunggu punya tunggu dalam proses at the end permohonan gagal..btw its okay.. jnji bntuan kerajaan selain bntuan dr jkm tuk kanak2 atau ibu tunggal ni still bjalan lancar..

    BalasPadam