Semakan Lulus Geran Khas Prihatin One-Off RM3000 : Status Permohonan & Tarikh Pembayaran - Mingguan Jawatan

Breaking

Ahad, 27 September 2020

Semakan Lulus Geran Khas Prihatin One-Off RM3000 : Status Permohonan & Tarikh Pembayaran

 

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kini anda boleh membuat semakan permohonan seperti yang dikongsikan dalam perkongsian ini. 

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

Sebelum ini, permohonan ini telah dibuka pada tarikh 1 Mei 2020 yang lalu dan telah ditutup permohonannya pada 15 Mei 2020 baru-baru ini. Terkini, Perdanan Menteri telah mengumumkan tarikh terbaru untuk permohonan GKP yang akan bermula 1 Oktober 2020 nanti.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) DI BUKA

Permohonan Geran Khas PRIHATIN di buka adalah pada 1 Mei 2020 sehingga tutup permohonan pada pertengahan Mei nanti dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan diumumkan. 

KADAR GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  • Jumlah Geran : RM3,000
  • Khas Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Akan dibayar secara one-off kepada PKS yang layak.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan
    - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik 
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019 
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat 
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bagi mana-mana PKS yang memenuhi syarat kategori di atas boleh terus mengemukakan permohonan Geran Khas PRIHATIN PKS melalui pautan yang disediakan di bawah.

Di bawah merupakan panduan ringkas permohonan Geran PRIHATIN (GKS)

BORANG PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN PKS

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Anda boleh terus ke laman rasmi Portal GKP melalui pautan di bawah


TARIKH SEMAKAN & PEMBAYARAN

  • Semakan boleh dibuat pada 3 Jun 2020.
  • Pembayaran bermula 15 Jun 2020.
  • Semak secara online di pautan berikut : SEMAKAN GKP

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP HASIL

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :
  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
  • HASIL LIVE CHAT

13 ulasan: