Pendaftaran & Semakan Online Telefon Pintar Percuma B40 2021


Cara Permohonan Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 2021 Online

Nak daftar telefon pintar percuma B40? Panduan buat ibu bapa/ penjaga yang menerima Bantuan Prihatin Nasional tahun 2021. Untuk makluman, YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama data 120GB kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk sesi pembelajaran di rumah.

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan). Tujuan program ini dilancarkan untuk membolehkan anak-anak B40 dapat mengakses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.

CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS TELEFON PINTAR PERCUMA B40 2021 ONLINE

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang telefon pintar percuma B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan semakan status :

SYARAT KELAYAKAN TELEFON PINTAR PERCUMA

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

CARA MOHON TELEFON PINTAR PERCUMA B40

  1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn
  2. Sebelum permohonan, anda perlu semak status B40 ibubapa, sila pergi ke laman web rasmi https://bpn.hasil.gov.my/.
  3. Sekiranya anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan jumlah bantuan RM1,600, sila lengkapkan borang permohonan di portal YTL

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA

A. Semakan Online

Semakan status telefon pintar B40 boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://lcs.yes.my.

B. Melalui Emel

Selain online, status permohonan juga akan dimaklumkan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran daripada pihak YTL.

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

Catat Ulasan

52 Ulasan

  1. Salam...Kenapa yg ank sy punya dlm proses pertimbangan yea...mohon penjelasan.

    BalasPadam
  2. Macam mana untuk memohon seandai nya anak buah saya tanpa ibu bapa

    BalasPadam
  3. Saya tiada ibu tiada bapa.. Mcm mana nak mohon?

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Maaf encik kerana encik tidak memakai simcard Yes maaf harap maklum

      Padam
  5. Permohonan gagal sebab tak memenuhi kriteria kelayakan..mohon penjelasan.

    BalasPadam
  6. Permohonan hp ank saya telah lulus tpi knp sampai skrg masih x dpt2 lagi hp nya, bole saya tahu knp ya

    BalasPadam
  7. Macam mana mohon telefon baru saya belum mohon lagi,

    BalasPadam
  8. Pendaftaran berjaya..bila d semak tak ada pula dalam rekod..apa hal tu???

    BalasPadam
  9. dah mohon tapi tak dapat pun senyap aje

    BalasPadam
  10. Saya masih dalam proses pertimbangan.

    BalasPadam
  11. SIAP DAFTAR DAH TAPI TIADA APA JAWAPAN, HAMPEH.....MASIH MENUNGGU

    BalasPadam
  12. Dah daftar tapi xthu dpat @ tdak

    BalasPadam
  13. Dah daftar tapi tak ada jawapan.
    Sila tolong.

    BalasPadam
  14. Macam mana cara hendak mohon

    BalasPadam
  15. Semoga ada rezeki untuk anak🤲🏽

    BalasPadam
  16. Ada sesiapa dlm ni yg lulus dan dah terima bantuan fon n internet?

    BalasPadam
  17. dah lama apply tapi dalam proses...perlukan butir sokongan?

    BalasPadam
  18. Boleh tau kenapa pemohanan utk ank sy xdlulus kn...ats sebab apa

    BalasPadam
  19. Kami tidak ada talifon untuk anak kami untuk buat kerja sekolah

    BalasPadam
  20. Kami tidak ada talifon untuk anak kami untuk buat kerja sekolah

    BalasPadam
  21. Saya dah kawin anak 7 orang saya satu orang je kje

    BalasPadam
  22. Batuan talipon untuk anak sekolah

    BalasPadam
  23. Amat memerlukan bantuan ini tuan 🙏🙏🙏

    BalasPadam
  24. Sangat sangat memerlukan untuk belajar

    BalasPadam
  25. Sangat memerlukan untuk belajar

    BalasPadam
  26. Sangat diperlukan untuk adik saya belajar

    BalasPadam
  27. Sy silap bg alamat mcm mane ye?

    BalasPadam
  28. Berkali2 register x bleh2 pn mcm mna nir

    BalasPadam
  29. Kenapa permohonan saya xlulus sebab x memenuhi kriteria kelayakan..mohon penjelasan.?

    BalasPadam
  30. Untuk makluman anak saya belajar

    BalasPadam
  31. Mcmne sya dh daftar dpt ke telefon pintar tu

    BalasPadam
  32. Sy dah lulus tapi hanye dapat sim saje hp nye tiada ape cerita ni

    BalasPadam
  33. Anak saya dah dapat tapi telefon rosak

    BalasPadam
  34. Saya tidak dapat menerima bantuan telefon pintar lagi

    BalasPadam
  35. Saya tidak dapat menerima telefon pintar

    BalasPadam
  36. Dapat sim saje...telefon xdpat pon...aduihh...nama dah daftar xkan nk menipu..

    BalasPadam