Sebanyak 4,000 Jawatan Kosong Ditawarkan Di Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020


Sebanyak 4,000 Jawatan Kosong Menanti Anda Semua Di Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-63, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menawarkan lebih 4,000 jawatan kosong untuk diisi oleh pencari kerja menerusi Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020.

Menurut Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, program tersebut selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua pencari kerja yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mendapat pekerjaan lain.


Tarikh Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020

Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020 telah bermula sekarang dan akan berakhir pada 29 Ogos 2020.

Manakala Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020 ini dijalankan diseluruh Malaysia.

Namun, setiap pengunjung diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival dijalankan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020, sila hubungi EIS Perkeso di :




Catat Ulasan

0 Ulasan