Cara Mohon PDRM Melalui e-Pengambilan Polis PDRM - Pelbagai Jawatan Ditawarkan - Mingguan Jawatan

Breaking

Sabtu, 1 Ogos 2020

Cara Mohon PDRM Melalui e-Pengambilan Polis PDRM - Pelbagai Jawatan Ditawarkan



Jawatan Kosong Polis PDRM Melalui e-Pengambilan

Terkini permohonan Konstabel Polis PDRM YA1 akan dibuka permohonan pada 27 Julai sehingga 16 Ogos 2020.

Jadi calon berminat menjadi Konstabel Polis PDRM boleh membuat permohonan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kini, untuk memohon jawatan Polis PDRM anda hanya perlu secara online iaitu melalui Portal e-Pengambilan dan boleh dibuat sepanjang tahun. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi polis sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anda juga tidak perlu lagi memohon jawatan Polis PDRM melalui portal SPA8i.

Jawatan Yang Ditawarkan

Antara skim jawatan yang ditawarkan ialah :
  1. Inspektor Gred YA 13
  2. Sarjan Gred YA 5
  3. Konstabel Gred YA 1
  4. Konstabel Sokongan Gred YT 1
  5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1

Syarat Permohonan

1. Inspektor Gred YA 13

Tangga Gaji 
  • Gaji Minimum : RM2,329.00
  • Gaji Maksimum : RM RM8,883.00
  • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM230.00
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Kelayakan Akademik

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3.Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
8. Memperoleh ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf setaraf dengannya.
10. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Fizikal

Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut / selipar.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang daripada 81 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja)
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

2. Sarjan Gred YA 5

Tangga Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,711.00
  • Gaji Maksimum : RM5,199.00
  • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM150.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti dibawah :

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kelayakan Akademik

1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Fizikal

Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut / selipar.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang daripada 81 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja)
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

3. Konstabel Gred YA 1

Tangga Gaji
  • Gaji Minimum : RM1,014.00
  • Gaji Maksimum : RM3,517.00
  • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM100.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti dibawah :

a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YA5).
2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Fizikal

Calon dan lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut / selipar.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang daripada 81 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja)
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

4. Konstabel Sokongan Gred YT 1

Tangga Gaji 
  • Gaji Minimum : RM825.00
  • Gaji Maksimum : RM2,408.00
  • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM85.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti dibawah :

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kelayakan Akademik

1. Lulus Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YT1).
2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matemaik dengan Gred D.

Syarat Fizikal

Calon dan lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut / selipar.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang daripada 81 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja)
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Konstabel Orang Asli Gred YP 1

Tangga Gaji
  • Gaji Minimum : RM966.00
  • Gaji Maksimum : RM2,663.00
  • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM85.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti yang tertera dibawah :

a) Warganegara Malaysia yang berasal daripada kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Aslo 1974)
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Akademik

1. Lulus Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YP1)
2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal

Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

1. Tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.52 meter untuk perempuan tanpa memakai kasut / selipar.
2. Berat badan 47.6 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46.2 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang daripada 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja)
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara Memohon

2. Klik pada butang PENDAFTARAN BARU untuk permohonan baru atau log masuk sekiranya telah mendaftar sebelum ini.
3. Isikan maklumat diri dengan lengkap dan muat naik resume anda seperti yang diminta.
4. Permohonan yang layak melepasi tapisan PDRM sahaja akan dipanggil temuduga.

Iklan Pengambilan

Layari portal rasmi ini E-PengambilanPDRM ini untuk melihat iklan jawatan kosong Polis yang terkini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan