Tan Sri Muhyiddin Yassin Usul Bantuan JKM Dinaikkan RM1,000


Tan Sri Muhyiddin Yassin Menyampaikan Ucapan Beliau Di Majlis Perjumpaan Pemimpin Masyarakat Bersama Perdana Menteri Di Sandakan 

SANDAKAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan RM1,000.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Katanya, beliau tahu kenyataannya itu memberikan implikasi yang besar tetapi tidak peduli.

"Apa yang penting kehidupan rakyat kita di akar umbi, mereka sudah sengsara terlalu lama. Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.

"Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera," katanya ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat bersama Perdana Menteri di Sandakan, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara sudah lama merdeka dan usaha membantu golongan B40 adalah aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.



Sumber : Berita Harian

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki para pemimpin yang adil dan prihatin pada rakyatnya..

    BalasPadam