ISU SEMASA
Permohonan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 2020 Kini Dibuka! Cuba Baca Cara Membuat Rayuan Semula BSH 2020

BSH Tidak Lulus? Semak Semula Cara-Cara Membuat Rayuan Semula Disini. Rayuan Dibuka 7 Ogos 2020 Hingga 6 September 2020
Permohonan Rayuan Semula BSH 2020 Bagi Yang Tidak Lulus
Pada 24 Julai 2020 yang lepas, penerima BSH 2020 boleh membuat semakan sama ada Bantuan Sara Hidup (BSH) lulus atau gagal. Tahniah kepada pemohon yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan sedih dan khuatir, anda masih boleh membuat rayuan semula Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
Bagaimana caranya untuk membuat rayuan? Anda boleh rujuk perkongsian ini untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat rayuan secara online.
- Tarikh membuat rayuan semula adalah pada 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020
Cara-cara Membuat Permohonan Rayuan BSH 2020
Bagi permohon yang gagal ataupun tidak layak, anda bolej membuat permohonan melalui :
- https://bsh.hasil.gov.my
- Ataupun hadir ke Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil, PKH/UTC yang berdekatan dengan anda.
Nota : Sila bawa dokumen berikut sebelum hadir ke kaunter Cawangan LHDNM :
- Salinan MyKad sendiri
- Salinan MyKad pasangan
- Penyata gaji terkini
- Surat status perkahwinan
Anda juga tidak layak membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya tidak memenuhi syarat permohonan BSH seperti :
- Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motorsikal melebihi 500c
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, anda boleh menghubungi LHDNM di saluran berikut :
- Telefon : 1-800-88-2747
- Facebook : LHDNM
Catat Ulasan
2 Ulasan
Tak dapat bantuan sara hidup
BalasPadamI tak krj pun tak msu brim
Padam