Program Perumahan Rakyat 2021



Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2021

Adakah anda tahu? Kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 sebulan, anda boleh memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik bukan?

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan untuk memberi penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

APAKAH CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN INI

SKIM PPR DISEWA :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM MYHOME :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

CARA UNTUK MEMOHON PPR

DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2.  Klik : [ SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA. ]
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

GUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN

Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

CONTOH

Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda

PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU


  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

CONTOH


DOKUMEN SOKONGAN

Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

CONTOH

PENGESAHAN

  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.

Semoga info ini berguna kepada mereka yang mempunyai penempatan setinggan dan pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. Semoga bermanfaat!

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Macam mana minta borang beli rumah?

    BalasPadam
  2. Nak memohon rumah PPR negeri sabah

    BalasPadam
  3. Nak memohon rumah ppr negeri johor

    BalasPadam
  4. mcm mana nak ambil borang mohon ppr di kota kinabalu ?

    BalasPadam
  5. Macam mana nak Mohon PPR tolong saya .mak saya orang sakit saya seorang saje Jaga dia

    BalasPadam
  6. Saya nak minta bantuan rumah pprt

    BalasPadam
  7. Mcm mna nk mohn ni ppr johor bharu

    BalasPadam
  8. Nak memohon rumah PPR mcm mna ya?Sya amat memerlukan bantuan ini

    BalasPadam
  9. Sy seorang ibu tunggal, mempunyai ank seorang,tiada perdapatan,dan tiada kediaman... Pernah bermohon JKM ttp sy ditolak dan syarat yg diberi sy masih ada kekuatan, kerajaan negeri Alor Setar Kedah,JKM... sehingga kini sy menumpah digerai2 mkn, sebagai mencari rezeki UTK ank sy dan sy..

    BalasPadam
  10. Nak mohon PPR milik kekal.. pm

    BalasPadam
  11. Jgn isi sembarangan dulu... Takut nnti keje scammer... Hati2 smua guys

    BalasPadam
  12. Mcm Mana tiba2 Mama sya dah didaftarkan sdgkan xpernah daftar

    BalasPadam
  13. Saya isi memohon tiba2 keluar sudah didaftarkan mmm... Pelik.

    BalasPadam
  14. Hai macam mana nak memohon rumah di Sarawak?Kos rendah

    BalasPadam
  15. Sy dh 6 tahun mohon umh ppr nih... Smpi skg xdpt jawapan... Mohon la dbkl/kerajaan bukak balik fail2 yg mgkin byk dh bertindih oleh kerana kami2 yg dh lama menunggu ni... Ada yg lg lama tggu dr sy... Entah bila tah dpt... Xkn nk tggu smpi mati?

    BalasPadam
  16. Saya Sahri sebelum ini saya sudah daftar untuk mohon rumah sewa PPR so bagaimana saya nak tahu sama ada permohonan saya di luluskan ke ataupun tidak

    BalasPadam
  17. Macam mna sya nak memohon rumah ppr ni..

    BalasPadam
  18. Banyak Bantuan untuk rakyat tapi kekiharan seperti golongan bujang yang berumur >40thn Dan Duda yang tidak mempunyai anak diketepikan. Apasal? Dia orang ni tak layak ke menerima Bantuan atau tak layak ke ada rumah untuk berteduh?

    BalasPadam