ISU SEMASA
Program Perumahan Rakyat 2021

Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2021
Adakah anda tahu? Kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 sebulan, anda boleh memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik bukan?Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan untuk memberi penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.
APAKAH CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)?
Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
SKIM PPR DIMILIKI :
- Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
- Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
- Keluasan - Tidak kurang 700 kps
- Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN INI
SKIM PPR DISEWA :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM PPR DIMILIKI :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM MYHOME :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
CARA UNTUK MEMOHON PPR
DAFTAR AKAUN PEMOHON- Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
- Klik : [ SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA. ]
- pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.
GUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN
Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.
CONTOH

Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda
PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU
- Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
- Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.
CONTOH

DOKUMEN SOKONGAN
Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.
CONTOH

PENGESAHAN
- Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
- Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.
Semoga info ini berguna kepada mereka yang mempunyai penempatan setinggan dan pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. Semoga bermanfaat!
Catat Ulasan
29 Ulasan
Macam mana minta borang beli rumah?
BalasPadamNak memohon rumah PPR negeri sabah
BalasPadamNak memohon rumah ppr negeri johor
BalasPadamNak mohon ppr sabah
BalasPadammcm mana nak ambil borang mohon ppr di kota kinabalu ?
BalasPadamMacam mana nak Mohon PPR tolong saya .mak saya orang sakit saya seorang saje Jaga dia
BalasPadamTolong tuan Dan puan
PadamHati2
BalasPadamSaya sangat berpuas hati .
BalasPadamSaya nak minta bantuan rumah pprt
BalasPadamMacammana nak mohon
BalasPadamMcm mna nk mohn ni ppr johor bharu
BalasPadamNak memohon mcm mna ye
BalasPadamNak memohon rumah PPR mcm mna ya?Sya amat memerlukan bantuan ini
BalasPadamSy seorang ibu tunggal, mempunyai ank seorang,tiada perdapatan,dan tiada kediaman... Pernah bermohon JKM ttp sy ditolak dan syarat yg diberi sy masih ada kekuatan, kerajaan negeri Alor Setar Kedah,JKM... sehingga kini sy menumpah digerai2 mkn, sebagai mencari rezeki UTK ank sy dan sy..
BalasPadamBeri la sy memohon rumah PPR
BalasPadamNak mohon PPR milik kekal.. pm
BalasPadamJgn isi sembarangan dulu... Takut nnti keje scammer... Hati2 smua guys
BalasPadamMcm Mana tiba2 Mama sya dah didaftarkan sdgkan xpernah daftar
BalasPadamSaya isi memohon tiba2 keluar sudah didaftarkan mmm... Pelik.
BalasPadamHai macam mana nak memohon rumah di Sarawak?Kos rendah
BalasPadamMcm mna nak memohon ruma ppr
BalasPadamSy dh 6 tahun mohon umh ppr nih... Smpi skg xdpt jawapan... Mohon la dbkl/kerajaan bukak balik fail2 yg mgkin byk dh bertindih oleh kerana kami2 yg dh lama menunggu ni... Ada yg lg lama tggu dr sy... Entah bila tah dpt... Xkn nk tggu smpi mati?
BalasPadamSaya Sahri sebelum ini saya sudah daftar untuk mohon rumah sewa PPR so bagaimana saya nak tahu sama ada permohonan saya di luluskan ke ataupun tidak
BalasPadamSaya ingin memohon rumah ppr
BalasPadamSaya mohon rumah ppr
BalasPadamMacam mna sya nak memohon rumah ppr ni..
BalasPadamBanyak Bantuan untuk rakyat tapi kekiharan seperti golongan bujang yang berumur >40thn Dan Duda yang tidak mempunyai anak diketepikan. Apasal? Dia orang ni tak layak ke menerima Bantuan atau tak layak ke ada rumah untuk berteduh?
BalasPadamIngin mengetahui maklumat ibu
BalasPadam